no comments

TAK GUNA FIKIR SAHAJA TAPI MUFLIS PENULISAN!

TAK GUNA FIKIR SAHAJA TAPI MUFLIS PENULISAN!

Ada seseorang bertanya “Bila masanya awak menulis blog? Ada banyak masa ke untuk tulis blog sebab hari-hari ada benda nak tulis?”

 

Setiap manusia dilahirkan mempunyai 24 jam sehari. Kita bukan dilahirkan dengan 36 jam sehari, kita pun ada komitmen itu dan ini, bertimbun-timbun, tetapi perlulah ambil sikap, terus menulis idea yang sampai, bukan pengapkan dulu atau catat atas kertas atau dalam buku log berkulit tebal.

 

Ini jugalah ajaran semasa bengkel saya. Komputer saya sentiasa standby, jika datang idea, saya buka sekejap dan tulis, sebab orang yang menulis akan berfikir tetapi orang yang berfikir belum tentu dia akan menulis, apatah lagi orang yang suka bercakap tapi tak berapa nak fikir apa yang dia cakap. Ini ler yang ramai.

 

Satu lagi, menulis adalah skill, menulis dalam komputer satu skill lagi. Menulis dengan cepat dan sistematik juga skill. Apatah lagi nak tulis paragraph ilmiah seperti LR dalam komputer, satu skill juga. Mencari idea dan mensintesis dalam LR satu skill yang lain. Nak insert citation dengan teknik yang juga saya ajar dalam bengkel saya iaitu “write and cite while you read” juga satu skill. Jika anda tak kuasai skill-skill ini, “blank” ler jawabnya bila nak mula menulis!

 

Pesan saya, apa yang ditulis itulah yang akan menentukan kajian anda. Kesusahan membuat kajian bukan bermakna bertambahnya kualiti thesis anda dan mudahnya anda membuat thesis bukan bermakna rendahnya kualiti thesis anda, malah ramai yang menulis thesis ala kadar sahaja kerana terlalu lama dan berat masalah yang perlu diatasi.

 

Ingat, sedang thesis perlu ditulis, jadi menulislah supaya anda juga berfikir. Bukan kaya berfikir, tapi muflis penulisan!

 

 

Sumber : Dr Othman Talib

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL