no comments

TAK GUNA FIKIR JER TAPI MUFLIS PENULISAN!

TAK GUNA FIKIR JER TAPI MUFLIS PENULISAN!

Semalam ada seorang telah bertanya dengan penuh keselambaan kepada saya, “Bila masanya awak menulis blog? Ada banyak masa ke, sebab hari-hari ada je benda nak tulis?”

Saya termenung. POWER sungguh soalan tu, terkesima saya dibuatnye! Saya terkesima sebab yang bertanya tu calon PhD. Kalau nenek saudara kepada adik ipar sebelah isteri saya yang tanya, takdelah saya terkesima.

Setiap manusia dilahirkan mempunyai 24 jam sehari. Saya bukan dilahirkan dengan 36 jam sehari, saya pun ada komitment itu dan ini, bertimbun-timbun, tetapi saya ambil sikap, terus menulis idea yang sampai, bukan pengapkan dulu atau catat atas kertas atau dalam buku log berkulit tebal.

Ini jugalah ajaran semasa bengkel saya. Komputer saya sentiasa standby, jika datang idea, saya buka sekejap dan tulis, sebab orang yang menulis akan berfikir tetapi orang yang berfikir belum tentu dia akan menulis, apatah lagi orang yang suka bercakap tapi tak berapa nak fikir apa yang dia cakap. Ini ler yang ramai.

Satu lagi, menulis adalah skill, menulis dalam komputer satu skill lagi. Menulis dengan cepat dan sistematik juga skill. Apatah lagi nak tulis paragraph ilmiah seperti LR dalam komputer, satu skill juga. Mencari idea dan mensintesis dalam LR satu skill yang lain.  Nak insert citation dengan teknik yang juga saya ajar dalam bengkel saya iaitu “write and cite while you read” juga satu skill. Jika anda tak kuasai skill-skill ini, “blankler jawabnya bila nak mula menulis!

Ingat, sedang thesis perlu ditulis, jadi menulislah supaya anda juga berfikir. Bukan kaya berfikir, tapi muflis penulisan!

Sumber: Dr Othman Talib

 

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL