no comments

TAK GUNA FIKIR JE TAPI MUFLIS PENULISAN

Semalam ada orang telah bertanya dengan penuh keselambaan kepada saya, “Bila masanya awak menulis blog? Ada banyak masa ker, sebab hari hari ada jer benda nak tulis?”

Saya termenung. Power sungguh soalan tu, tekesima saya dibuatnyer! Saya terkesima sebab yang bertanya itu calon phD. Kalau nenek saudara kepada adik ipar sebelah isteri saya yang tanya, takderlah saya terkesima.

Setiap manusia dilahirkan mempunyai 24 jam sehari. Saya bukan dilahirkan dengan 36 jam sehari, saya pun ada komitment dan ini, bertimbun-timbun, tetapi saya ambil sikap, terus menulis idea yang sampai, bukan pengapkan dulu atau catat atas kertas atau dalam buku log berkulit tebal.

Ini jugalah ajaran semasa bengkel saya. Komputer saya sentiasa standbai, jika datang idea, saya bukan sekejap dan tulis, sebab orang yang menulis akan berfikir tetapi  orang yang berfikir belum tentu dia akan menulis, apatah lagi orang yang suka bercakap tapi tak berapa nak fikir apa yang dia cakap. Ini ler yang ramai.

Satu lagi, menulis adalah skill, menulis dalam komputer satu skill lagi. Menulis dengan cepat dan sistematik juga skill. Apatah lagi nak tulis paragraph ilmiah seperti LR dalam komputer, satu skill juga. Mencari idea dan mensintesis dalam LR satu skill yang lain. Nak insert citation dengan teknik yang juga saya ajar dalam bengkel saya iaitu “write and cite while you read”juga satu skill. Jika anda tak kuasai skill-skill ini, “blank ler jawabnya bila nak mula menulis !

Ingat, sedang thesis perlu ditulis, jadi menulislah supaya anda juga berfikir. Bukan kaya berfikir, tapi muslis penulisan !

Sumber : Dr Othman talib

 

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL