no comments

TAJUK TESIS – Fikirkan 3 langkah awal ini !!

Pertama: Perlu dan dimaklumkan bahawa pencarian isu yang”baru” dan “original” bukan bermakna isu tersebut tidak pernah dibuat orang lain. Yang “baru” dan “original” tersebut seeloknya melibatkan variable, methodology serta analisis data…. dalam sesuatu isu….bukannya isu itu sendiri !

Ini kerana isu yang “baru” sukar untuk mendapat rujukan dan bahan maka anda akan membuang masa……… contohnya isu dalam “home schooling” yang tidak banyak kajian dilakukan dan sukar mendapatkan academic published materials termasuk buku akademik juga. Satu kes yang sampai ke cuping telinga aku ni… seorang pelajar yang dah beberapa semester mendaftar… masih belum ada proposal “Home schooling” yang disogokkan oleh Supervisornya….kerana ketiadaan rujukan…

Sebagai permulaan…. ketahui “Topic of Interest’ anda sendiri dan sediakan beberapa kata kunci supaya anda boleh mulakan Literature Search. Tiada masalah jika anda berminat dalam beberapa aspek berbeza tetapi mesti dalam “Topic of Interest” yang sama. Sediakan 2, 3 tajuk buat permulaanpun tak apa… tajuk yang anda minat.. researchable dan feasible. Ingat jangan pilih tajuk yang lansung tidak muncul dalam mana-mana rujukan walaupun Supervisor anda beriya-ia benar sukakan tajuk tersebut….

Kedua: Tajuk tu seboleh mungkin dapat memberi impak kepada kerjaya anda sendiri…. bukan untuk kepentingan Supervisor mahupun jabatan dan fakulti. Alasannya mudah…. Ini kajian anda…. apasal pulak jabatan yang nak tentukan tajuk kajian anda….asalkan tajuk tersebut ada kepakaran di jabatan tersebut dah ler. Lainlah anda pensyarah di jabatan tersebut dan akan menjadi pakar dalam bidang yang diajar di sana !! Pemilihan tajuk yang betul bukan sahaja memberi advantages kepada kerjaya anda dan jika anda belum bekerja….. pilih tajuk yang akan menjadikan anda “bakal pekerja yang terhangat dipasaran”.

Ketiga: Anda bukan expert. Anda maybe belajar part-time. Jadi ketahuilah limitations anda. Jadi bro….pastikan anda dah ada idea akan instrument yang bakal anda gunakan, ada idea tentang methodologi dan level of analisis serta sampling frame anda…

Sumber: Dr Othman Talib

 

 

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL