no comments

TAHU BEZA APPROACH, METHOD, TECHNIQUE?

Kali ini saya berbicara tentang istilah. Istilah yang tepat akan menggambarkan kewibawaan pengucap atau penulisnya. Saya tertanya-tanya, adakah pelajar faham dan tahu menggunakan istilah strategy, approach, method atau technique apabila menulis tentang kajian yang mereka sedang lakukan. Perhatikan perkataan bergaris berikut:

 

  1. In this study, using a quantitative strategy for successful
  2. This study uses a quantitative approach which
  3. A quantitative method used in this study
  4. Alternatively, this study will use a quantitative technique

 

Abis mana satu yang betul?

 

Strategy paling umum (general), diikuti dengan istilah lebih khusus. Approach, method dan terakhir technique (paling detail).

 

Strategi adalah sesuatu gagasan umum sahaja. Bagi mencapai gagasan tersebut, anda boleh memilih approach (pendekatan) kualitatif ataupun kuantitatif ataupun kedua-duanya (mixed). Kemudian anda memperincikan lagi dengan memilih method (kaedah atau reka bentuk) sama ada eksperimen, survey, ethnography, grounded dan lain-lain. Katakan anda memilih grounded theory. Anda perlu memperincikan technique (teknik atau prosedur) kajian yang anda gunakan.

 

Contoh 1 (Qualitative):

  • Research Strategy – Menangani gejala sosial: Strategi kerajaan bagi memahami gejala sosial seperti Mat Rempit.
  • Research ApproachQualitative approach: Sebab nak memahami gejala Mat Rempit paling sesuai guna pendekatan kualitatif.
  • Research Method (Design)Ethnography method / design: Sebab kaedah ini sesuai untuk mencapai matlamat approach dan strategy.
  • Research Technique (Steps / Procedures)Triangulation: Teknik seperti observation, field notes, interview dibincangkan perlaksanaannya secara detail dan bagaimana triangulation ini dapat menjawab semua persoalan kajian.

 

Kesimpulan: Kajian ini berkaitan strategi menangani masalah Mat Rempit melalui pendekatan kajian kualitatif dengan memilih kaedah etnografi dengan teknik pengumpulan data triangulation melalui pemerhatian, field notes dan interview.

 

Contoh 2 (Quantitative):

  • Research Strategy – Mengkaji keberkesanan animasi 3D.
  • Research Approach Quantitative aproach: Guna score pre dan post test.
  • Research Method (Design)Pre and post test experimental research design (method) : Sebab kaedah ini sesuai untuk mengukur keberkesanan treatment 3D bagi capai matlamat approach dan strategy.
  • Research Technique (Steps / Procedures)quasi, non-random sampling, divided into control and experimental groups, give pre-test, treatment, then compare gained scores (must be detail).

 

Wow, itu macam kah? Fuhh, saya punya SV tak dak kisah saya tulis apapun, semua O.K., dan dalam artikel pun macam-macam istilah mereka guna.

 

SV bukan examiners, dia supervise jer, dan yang tulis artikel tu ada macam-macam jenis manusia, sebab tulah ada viva ada external examiners, dan walaupun di supervised, kenapa masih ada pelajar yang kena resubmission, dan yang sadis ada yang fail sebab tak mencapai standard.

 

Contoh 3 (Umum): 

Kerajaan telah menggalakkan siswazah menggunakan strategi kajian berkaitan isu gejala sosial seperti Mat Rempit. Oleh itu, pendekatan kajian kualitatif adalah paling sesuai kerana budaya ini perlu dikaji secara mendalam. Antara kaedah kajian yang sesuai bagi pendekatan kualitatif adalah kaedah etnografi yang dapat membongkar makna di sebalik berlakunya budaya Mat Rempit. Secara lebih khusus, kaedah etnografi ini akan menggunakan teknik kajian seperti pemerhatian, nota lapangan serta temuduga sebagai teknik pengumpulan data secara komprehensif.

 

Wah,  saya baru jelas, crystal clear lah Mat Salleh cakap.

Jadi gunakan istilah strategy, approach, method, dan technique pada tempatnya.

 

Sumber : Dr. Othman Talib

 

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL