no comments

SV DAN SUPERVISEE: 2 DIFFERENT MINDSETS!

Ada isu baru ker?

 

Tak ada yang baru, semuanya yang isu “lama” tapi saya “baru” nak coretkan. Sambungan kisah seram nak buat PhD. Saya ingin sentuh sikit berkaitan SV, kerana saya banyak ditanya persoalan berkaitan SV. Kedua-dua SV dan supervisee ni mempunyai mindset yang berbeza, takkan sama walaupun SV pernah melalui zaman menjadi supervisee.

 

 
Dua mindsets. Kejap gaduh, kejap muuaaahhhhh!

 

Jangan tanya saya kenapa, inilah lumrah alam. Anak dan ayah pun ada mindset berbeza. Silap hari bulan, anak dan ayah pun boleh bergaduh dan bermasam muka, walaupun ayah dulu pernah menjadi anak, betul tak? Saya sedar ini satu tajuk yang mungkin menjadi taboo yang tak banyak dibincangkan. Sebagai SV, saya juga ingin memperbaiki cara saya kendalikan pelajar. Win-win situation. So saya cuba kupas sedikit isu ini.

 

Pertama

SV pada dasarnya tidak dilatih oleh sesiapa. SV mendapat pengalaman sebagai supervisee dari SV mereka. Saya percaya, SV kepada supervisee tersebut pun mendapat pengalaman dari SV terdahulu ketika dia menjadi supervisee. Oleh itu, pengalaman sebagai supervisee inilah yang banyak membentuk cara SV menyelia supervisee kemudiannya. Dan ini juga akan terjadi pada anda juga. Sebab itu saya tulis supaya anda ada pengetahuan dan bersiap menjadi SV yang lebih baik.

 

Isunya, jika supervisee mendapat pengalaman “yang sukar” sepanjang menjadi supervisee, maka pengalaman SV inilah yang digambarkan kepada supervisee. Sesuatu yang sukar yang dialami oleh SV ketika menyiapkan kajiannya dikatakan “normal” kepada supervisee jika menghadapi situasi yang sama. Tentu supervisee tak mahu warisi sesuatu yang sukar sebagai normal.

Kedua

Zaman semakin menuntut banyak komitmen dari SV dan supervisee. SV semakin sibuk, begitu juga supervisee. Beban tugas di tempat kerja menuntut SV dan supervisee lebih commitment. SV agak beruntung kerana tuntutan beban tugas yang banyak dapat diseimbang bersama research team, ada RAs (yang comel he he), supported pulak by RMC, even by collaboration with other instituton and the big relief is that they have the research grant. Jika ada grant boleh upah enumerator, programmer, animator, even upah validator, etc. dan quality research makin bertambah.

 

Isunya, dengan segala bantuan dan advantages yang diperolehi oleh SV, research telah menjadi semakin comprehensive. Bagaimana dengan supervisee? Dengan kekurangan dalam segala aspek seperti yang dimiliki oleh SV, bimbingan menjadi perkara utama yang diperlukan oleh supervisee bagi mencapai tahap yang telah dicapai oleh SV. Namun, SV tidak semestinya berfikiran begitu dengan membiarkan supervisee bergerak sendiri mengejar “standard” yang ditetapkan oleh supervisor.

Ketiga

Ini hal sebaliknya pula. Zaman SV berbeza dengan zaman sekarang. Expectation untuk kajian yang berkualiti semakin meningkat. Kalau dulu kajian descriptive sahaja dah memadai, kini kajian telah memasuki era SEM, AMOS, FA, modelling, mediator dan lain-lain yang dulu sangat asing. Kemahiran yang diperlukan oleh supervisee semakin bertambah, sedang tidak semua SV mampu menyelia dengan kemahiran tersebut. Tak caya? Berapa ramaikah SV yang beratus-ratus di sebuah fakulti di IPTA yang menguasai kemahiran advanced statistic, termasuk SV yang otai?

 

Isunya, jika supervisee ingin melakukan kajian yang “advanced”, ada kalanya SV tidak ada kemahiran untuk menyelia dan memberikan panduan, lalu membiarkan supervisee berjalan sendiri.

 

Keempat

Tak semua SV ada skill menjadi SV yang baik. Sama seperti supervisee, tak semua pelajar boleh jadi calon Master dan PhD yang baik. Pelajar bernasib baik jika mendapat SV yang complementary each other. Namun banyak juga yang mendapat SV yang hanya menjadi researcher yang hebat tetapi tidak semestinya sebagai SV yang hebat. Sama jugalah seperti cikgu Hajar yang menjadi SV vocal yang baik tapi dia sendiri tidak menyanyi walaupun satu lagu, apatah lagi untuk menghasilkan album.

 

Isunya, kalau pelajar yang banyak kelemahan berjumpa dengan SV yang tidak dapat memberikan supervision dengan baik, akan mudahlah wujud cerita-cerita seram dalam kalangan pelajar tersebut sepanjang menjadi calon Master mahupun PhD. Terdengarlah cerita SV hanya “Tell you what to do this and that, but fail to show you how to do it!” Hu hu.

 

Abis macamana ?

 

Satu jer yang saya nak bagi tau. Anda tak boleh ubah SV anda, jadi anda kena ubah diri anda sendiri!

 

Hah?

 

Sumber : Dr. Othman Talib

 

 

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL