no comments

STRATEGI ANALISIS DATA

Kajian ini adalah berasaskan kepada analisis kandungan dokumen yang bertujuan menganalisis situasi polisi maklumat di Malaysia. Data kualitatif yang dikumpul perlu ditukar sama ada mengguna kaedah analisis atau interpretasi . Analisis kandungan dokumen didakwa bersifat saintifik kerana melibatkan prosedur khusus bagi memerhati, mengukur dan mengkomunikasi data yang secara umumnya difahami danditerima dalam kalangan saintis sosial. Kaedah interpretasi pula tidak mengguna prosedur yang khusus, kukuh dan dipersetujui bersama. Kaedah ini melalui pencerapan makna berdasarkan aktiviti manusia termasuk intuisi, pengalaman lepas, dan emosi pengkaji. Kajian ini mengguna pendekatan interpretasi bagitujuan menukar data kualitatif kepada penemuan kajian. Walaupun kaedah ini dipertikait tanpa ada penghujungnya, namun tidak ada bukti pendekatan ini diterima atau ditolak dalam kalangan pengkaji menjelaskan interpretasi dapat dipertahan melalui analisis menyeluruh terhadap penemuan kajian melalui perbincangan mendalam data yang diperoleh, mengemukakan bukti kes bukan tipikal atau memasuk penjelasan dan perspektif alternatif.

Penemuan boleh disepadu dalam tesis sama ada bagi menyokong ataumenyanggah hujah pengkaji. Menurut White & Marsh (2006), dapat disimpulkan bahawa interpretasi kualitatif bertujuan untuk mencapai matlamat berikut :

  • mengenal pasti isu dan corak yang penting.
  • Menentukan arah aliran.
  • menentukan perkaitan dan perbezaan konsep atau isu.
  • mengenal pasti implikas.
  • membuat kesimpulan dan membangun kerangka bagi tujuan mengkomunikasi intipati data.
  • mengesan perkembangan teori berkaitan polisi maklumat.
  • menentukan hubungan antara kategori berbeza.
  • membuat kesimpulan .

Walaupun perisian analisis kandungan dokumen seperti NVivo dan ATLAS.tisemakin berkembang, namun kajian ini tidak mengguna sebarang perisian komputer bagimembuat analisis. Komputer tidak diguna untuk analisis kerana tidak mampu menggantikebolehan manusia untuk membaca, mentranskripsi dan menterjemah bahan bertulis. Komputer hanya sesuai diguna sebagai alat carian bahan susastera. Justeru, kajian dalam bidang polisi maklumat mendapati tidak mengguna sebarang perisian khusus untuk membuat analisis. Matlamat kajian yang jelas adalah kritikal bagi menentu data yang perlu dilapor,apa yang perlu diambil kira, apakah susastera yang berkaitan untuk dipetik, diukur dan bagaimana melakar implikasi dan cadangan dari kajian yang dijalankan.

SUMBER : Dr. Mokmin Basri

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL