no comments

Soalan-soalan Potensi Untuk Viva PhD

  1. Kenapakah anda memilih tajuk kajian ini?
  2. Ringkaskan tesis anda.
  3. Ringkaskan tesis anda dalam satu ayat.
  4. Apakah pandangan anda mengenai perubahan tajuk penyelidikan ini?
  5. Apakah benang idea yang berperanan mengikat keseluruhan bab dalam tesis anda?
  6. Apakah motivasi dan inspirasi anda untuk menjalankan penyelidikan ini?
  7. Apakah isu utama yang menjadi perbahasan dalam kajian ini?
  8. Mengapa penyataan masalah (problem statement) kajian ini sesuatu yang penting untuk ditangani?
  9. Apakah objektif penyelidikan anda?
  10. Mengapakah anda menentukan objektif ini dalam kajian anda?
  11. Apakah pengaruh kuat yang menyumbangkan pembangunan subjek kajian anda dalam konteks kerangka teoritikal,    konseptual dan praktikal?
  12. Kenapakah teori ini dipilih dalam kajian anda?
  13. Adakah teori ini sesuai digunakan dalam kajian ini?
  14. Kemukakan tiga kertas kerja/jurnal yang paling penting dan berkaitan dengan tesis anda.
  15. Yang mana penerbitan oleh para pengkaji sedia ada boleh dikatakan hampir dengan kajian anda?
  16. Bagaimana kajian (kertas kerja/jurnal) anda berbeza dengan kajian (kertas kerja/jurnal) pengkaji-pengkaji lain yang telah diterbitkan?
  17. Apakah sejarah yang menjadi latar belakang subjek atau kawasan lapangan kajian anda?
  18. Bagaimana kajian anda mempunyai kaitan dengan sejarah yang menjadi latar belakang kajian anda?
  19. Apakah perkembangan terkini subjek atau kawasan lapangan kajian anda?
  20. Bagaimana persoalan kajian anda boleh muncul?
  21. Apakah keputusan penting anda dalam melakukan penyelidikan ini?
  22. Mengapakah anda menggunakan kaedah penyelidikan ini?
  23. Apakah yang anda perolehi daripada kaedah penyelidikan ini?
  24. Apakah ada kaedah lain yang turut boleh digunakan dalam kajian ini?
  25. Jika ada kaedah lain, kenapa? atau Jika tidak ada kaedah lain, kenapa?
  26. Bagaimanakah anda menangani implikasi terhadap etika penyelidikan anda?
  27. Bagaimanakah anda menilai penyelidikan anda?
  28. Bagaimana anda tahu bahawa penemuan kajian anda adalah betul?
  29. Apakah aspek yang paling kuat dan/atau bahagian paling lemah dalam penyelidikan anda?
  30. Apakah kemahiran penyelidikan anda bertambah baik?
  31. Sejauh manakah sumbangan penyelidikan anda kepada masyarakat?
  32. Siapakah yang akan berminat dengan penyelidikan anda?
  33. Apakah hubungan penyelidikan anda dengan para penyelidik yang lain?
  34. Apakah perkaitan penyelidikan anda dengan para pengamal profesional?
  35. Aspek penyelidikan yang mana anda bercadang untuk menerbitkan?
  36. Di mana anda bercadang untuk menerbitkannya?
  37. Ringkaskan hasil penemuan utama anda.
  38. Antara hasil penemuan kajian ini, yang manakah paling menarik bagi anda?
  39. Mengapakah hasil penemuan kajian tersebut menarik bagi anda?
  40. Apakah implikasi penemuan kajian terhadap subjek atau kawasan lapangan kajian anda?
  41. Bagaimanakah hasil penemuan kajian anda turut berkait rapat dengan sorotan karya (kajian lepas) dalam bidang anda?
  42. Bagaimanakah hasil penemuan kajian anda memberi kesan kepada teori sebagai alat analisis kajian?
  43. Apakah sumbangan tesis anda kepada perkembangan sesuatu bidang ilmu pengetahuan?
  44. Berapa lamakah jangkaan sumbangan tesisi ini?
  45. Apakah pencapaian utama kajian anda?
  46. Apakah jangkaan anda (pada masa akan datang) terhadap subjek atau kawasan lapangan kajian anda?
  47. Apakah yang telah anda pelajari dari proses penyelidikan dan penyediaan tesis PhD anda?
  48. Apakah nasihat yang akan anda berikan kepada pelajar penyelidikan yang memasuki alam PhD?Anda mencadangkan kajian akan datang dalam tesis anda. Bagaimana anda akan memulakan kajian pada masa akan    datang?
  49. Apakah perkara yang akan menjadi kesukaran kepada perkembangan penyelidikan pada masa akan datang?
  50. Akhirnya, apakah yang telah anda lakukan yang mewajarkan anda layak memperolehi PhD?

 

Sumber Fyda Ameen

Dari Team MPWS

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL