no comments

SOALAN KAJIAN (SK)

Soalan Kajian (SK) adalah pernyataan khusus dalam bentuk soalan sebagai panduan kepada penyelidik sendiri untuk mencari jawapanya. Soalan kajian mesti mengandungi pembolehubah-pembolehubah yang terlibat dalam kajian contohnya:

  • Apakah kekuatan hubungan antara jumlah masa persediaan belajar dengan skor pencapaian dalam matematikdi sekolah?
  • Apakah terdapat perbezaan yang signifikan antara min skor IQ pelajar aliran teknikal berbanding dengan min skor IQ peljar aliran Sains?

Dalam kedua-dua soalan kajian di atas, pembolehubah yang terlibat dinyatakan dengan jelas. Soalan kajian ini juga memberi panduan kepada penyelidik untuk menentukan jenis data yang perlu dikumpulkan serta jenis analisis yang bersesuaian.

Bagi SK pertama, pembolehubah yang terlibat adalah “jumlah masa prsediaan belajar” dan “skor pencapaian matematik”. Oleh itu, penyelidik perlu mengumpulkan data jumlah masa persediaan setiap responden bersekali dengan skor pencapaian matematik mereka. Analisis yang diperlukan adalah analisis korelasi Pearson yag mengukur kekuatan antara kedua-dua pembolehubah tersebut.

Bagi SK kedua, pembolehubah yang terlibat adalah “skor IQ” pelajar aliran teknikal dan “skor IQ” pelajar aliran sains. Oleh itu, penyelidik perlu mengumpulkan data skor IQ kedua-dua kumpulan pelajar bagi mendapatakan min skor tersebut. Analisis yang diperlukan adalah ujian-t sampel tidak bersandar yang mengukur perbezaan min skor kedua-dua kumpulan yang dibandingkan.

Daripada objektif umum kajian, sebanyak 15 soalan kajian (SK) telah dibina seperti berikut:

 

SK 1

Apakah peratus faktor persetujuan paling tinggi bagi pembelian telefon bimbit kerana harga?

 

SK 2

Apakah faktor persetujuan paling dominan bagi pembelian telefon bimbit dalam kaliangan pelajar kolej komuniti?

 

SK 3

Adakah terdapat perbezaan dari segi jumlah pemilikan akuan twitter antara pelajar lelaki dan perempuan?

 

SK 4

Adakah terdapat hubungan anatra skor motivasi dengan skor sains dalam kalangan pelajar kolej komuniti?

 

SK 5

Adakah masih terdapat hubungan antara skor motivasi dengan skor sains jika skor self-esteem pelajar tersebut dikawal?

 

SK 6

Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara persetujuan pembelian telefon kerana faktor harga dan spesifikasi?

 

SK 7

Adakah terdapat pengaruh skor ujian pasca dan skor motivasi sebagai faktor peramal terhadap skor pengekalan?

 

SK 8

Adakah terdapat perbezaan skor self-esteem antara ketiga-tiga kumpulan pelajar yang diajar dengan kaedah pengajaran berbeza?

 

SK 9

Adakah terdapat perbezaan skor sains antara dalam kumpulan umur yang berbeza?

Aadakah terdapat kesan interaksi antara jantina dengan kumpulan umur tersebut?

 

SK 10

Adakah terdapat perbezaan skor ujian pra, ujian pasca dan ujian pengekalan bagi kumpulan yang mengikut pengajaran kaedah menggunakan Model?

 

SK 11

Adakah terdapat pebezaan skor ujia pasca bagi kumpulan yang mengikut tiga kaedah pengajaran berbeza?

 

SK 12

Adakah terdapat perbezaan skor min ujian pasca dan skor min ujian pengekalan disebabkan oleh jantina?

 

SK 13

Adakah terdapat perbezaan antara persetujuan pembelian telefon bimbit kerana faktor harga antara lelaki an perempuan?

 

SK 14

Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara skor ujian pra dan ujian pasca dalam kalangan pelajar lelaki?

 

Sumber Dr Otman Talib

Dari Team MPWS

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL