no comments

Skala Sela

Sela (Interval) bermakna “suatu jarak tertentu yang seragam” dari titik A ke titik B dan dari titik B ke C dan seterusnya. Jika ada 4 titik, iaitu A,B,C D maka setiap jarak antara A ke B ke C ke D adalah sama, seperti jarak sentimeter dalam pada sebuah pembaris.

Apabila anda menjalankan ujian matematik kepada 20 pelajar dengan skor antara 0 hingga 100, maka jarak sela antara 10-20 markah, atau 40-50 markah ataupun 45-55 adalah dalam sela 10 markah. Sela menjadikan setiap markah mempunyai makna. Pelajar yang mempunyai markah yang lebih tinggi dikatakan mempunyai lebih penguasaan dalam kandungan yang diuji berbanding dengan pelajar yang mendapat skor lebih rendah.

Berikut adalah contoh skor matematik yang diperolehi oleh 3 pelajar :

  • Ali = 40 markah
  • Baha = 50 markah
  • Charles = 80 markah
  • Dan = 0 markah

Oleh kerana skor mempunyai sela ynag sama  (0,1,2,3…100), maka boleh disimpulkan bahawa Charles mendapat markah tertinggi, diikuti dengan Baha, manakala Ali mendapat markah terendah. Charles memperolehi 30 markah lebih tinggi dari Baha dan 40 markah lebih tinggi dari Ali. Markah Charles dua kali lebih banyak dari Ali. Dan pula mendapat 0 markah kerana tidak hadir. Nilai 0 ini bukan mutlak yang membawa maksud Dan tidak tahu apa apa langsung tentang ujian matematik tersebut, tetapi dia mendapat 0 kerana tidak hadir.

Oleh itu skala sela ini bermula dari 0, tetapi ini bukanlah kosong mutlak (absolute zero) atau kosong yang membawa maksud “tiada apa-apa” secara mutlak. Jika ada pelajar walaupun hadir dan menjawab soalan ujian tetapi masih mendapat skor 0 kerana salah konsep dalam memberikan jawapan, skor 0 ini bukan membawa maksud kosong mutlak iaitu pelajar itu langsung tiada apa-apa pengetahuan tentang soalan yang ditanya. Sama halnya dengan suhu. Jika suhu 0’c, tidak bermakna tiada suhu ketika itu.

Sumber : SPSS Analisis data kuantitatif untuk penyelidik muda (Dr.Othman Talib)

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL