no comments

Skala Nominal dan Skala Ordinal

SKALA NOMINAL

Anda boleh sahaja memikirkan perkataan “no-minal” sebagai “no-meaning” kerana angka bagi skala ini hanyalah mengagambarkan kategori tetapi tidak membawa nilai atau merit maka angka pada skala ini tidak meberi apa apa makna.

Contohnya pembolehubah bangsa:

  1. Melayu
  2. Cina

Angka 1 bukan bermakna lebih kecil dari 2, sebaliknya hanya sebagai perwakilan atau label membezakan kategori bangsa. Anda boleh menukar angka 1 sebagai Cina dan 2 sebagai Melayu. Skala nominal penting dalam mengumpul maklumat demografi sampel kajian. Skala ini tiada nilai pemeringkatan kerana angka yang digunakan hanyalah label atau wakil kepada kategori, dan angka-angka tersebut juga tiada jarak (sela) tertentu yang seragam. Oleh itu, analisis bagi data nominal lazimnya dilakukan secara diskriptif seperti frekunsi atau peratusan. Frekunsi ini kemudiannya boleh dianalisis dengan analisis bukan parametrik seperti chi-kuasa dua.

Jika set dapatan bangsa dariskala “1: Melayu 2: Cina” adalah 1,1,1,1,1,1,1,2,2,2, bermakna bilangan melayu adalah 7 (70%) dan cina (30%) yang dilaporkan dalam bentuk frekunsi atau peratusan. Adalah tidak munasabah untuk mendapatkan min bagi data nominal sebab data nominal adalah data kategori.

SKALA ORDINAL

Skala ordinal adalah skala yang menyusun kategori mengikut pemeringkatan dari kecil kepada besar nilai seperti :

  1. Tidak puas hati
  2. Neutral
  3. Sangat puas hati

Katakan dalam satu kajian , 100 respondan pekerja kilang telah mengisi satu soal selidik tentang tahap kepuasan persekitaran tempat kerja menggunakan skala ordinal:

  1. Tidak puas hati
  2. Neutral
  3. Puas hati

Angka 2, 2 dan 3 mempunyai nilai atau merit, iaitu 1 menggambarkan nilai paling kecil (Tidak Puas Hati) terhadap persekitaran tempat kerja manakala angka 3 menggambarkan nilai paling tinggi (Puas Hati) dari segi kepuasan. Dapatan kajian boleh dilaporkan secara diskriptif seperti “majoriti pekerja iaitu 80% (80 respondan menjawab 1) tidak berpuas hati dengan persekitaran kerja berbanding 15% (15 respondan menjawab 2) pekerja tidak ada maslaah terhadap persekitaran kerja (Neutral).Terdapat hanya sebilangan kecil respondan iaitu 5% (5 respondan menjawab 3) berpuas hati dengan persekitran tempat kerja”

Walau bagaimanapun, jarak antara angka 1-2 dan 2-3 yang mewakili sesuatu tahap tidak mempunyai sela atau jarak yang sama. Jadi perbezaan tahap 1 (tidak puas hati) dengan tahap 2 (neutral tidak mempunyai satu jarak yang sama, sebab itu angka tersebut tidak boleh dinisbahkan.

Sumber: SPSS Analalisis data kuantitatif untuk penyelidik muda (DR.Othman Talib)

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL