no comments

SIMULASI SOROTAN LITERATUR

Lima langkah simulasi sorotan literature

Berikut adalah satu contoh simulasi menyediakan sorotan literatur dengan tajuk bekerja (working title) berikut:

Kesan animasi terhadap perubahan konsep Kimia dalam kalangan pelajar Tingkatan 4 Daerah Hulu Langat

Langkah 1

Norlela Mohd Zain, bekas peserta bengkel ‘Tulis Tesis Cepat’ dengan panggilan manjanya DJ Lela, telah menyiapkan templat zero draf of thesis (ZDOT) seperti yang dipelajari dalam bengkel Dr. Othman Talib. Dia membuka perisian MENDELEY dan mendapati jurnal International Journal of Science Education ada tiga artikel yang relevan. Dia terus menggunakan teknik write while u read dan copypaste-rephrase untuk capture idea dan fakta yang betul dalam artikel yang dibaca tanpa perlu terlebih dahulu terlalu fokus kepada ayat yang rapi.

Artikel pertama yang dibacanya adalah Animation in the classroom (Brown, 2013). Norlela meringkaskan artikel tersebut dalam ayatnya sendiri seperti berikut dan menaipnya dibawah sub-tajuk ‘Animasi dalam Pendidikan Sains’ yang disediakan terlebih dahulu dalam templat ZDOT sambil membuka Navigation dalam MS Word:

Brown (2001) mengkaji kesukaran yang dihadapi oleh pelajar dalam mempelajari dan memahami konsep abstrak dan dinamik yang terdapat dalam subjek sains. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa konsep sains yang saling berkaitan memerlukan pelajar memahami konsep-konsep asas terelbih dahulu. Pemahaman konsep asas ini akan membantu pelajar memahami konsep yang lebih abstrak dan dinamik. Kajian dapatan juga mendapati pelajar lelaki lebih mudah merasa bosan mempelajari sains berbanding dengan pelajar perempuan.

Artikel kedua dibaca oleh DJ Lela adalah ‘PowerPoint Presentation and Students’ Conceptual Change in Chemistry (Black, 2002)’. DJ Lela menaip lagi dibawah sub-heading yang sama.

Black (2003) telah menjalankan kajian mengkaji hubungan antara persembahan PowerPoint subjek Kimia dengan keupayaan pelajar mengalami perubahan konsep dalam memahami konsep persamaan tindak balas. Kajian ini merumuskan bahawa terdapat tiga faktor yang perlu sebelum pelajar boleh mengalami perubahan konsep. Pertama, bahan pengajaran hendaklah menunjukan sesuatu yang boleh menimbulkan konflik dengan pemahaman semasa pelajar. Keduanya bahan pengajaran hendaklah dipersembahankan secara logik mudah bagi membetulkan konflik pemahaman ini. Seterusnya, contoh-contoh mudah dipersembahkan bagi memantapkan perubahan konsep yang berlaku dalam minda pelajar.

Artikel ketiga seterusnya membandingkan penggunaan persembahan multimedia dengan animasi dalam artikel ‘Effective Multimedia in Science Teaching (Green, 2000). DJ Lela menaip lagi dibawah sub-heading yang sama.

Green (2002) memeriksa kesan animasi dalam persembahan multimedia subjek sains. Beliau mendapati 65% pelajar menyukai persembahan animasi dengan teks berbanding dengan 78% menyukai persembahan animasi dengan narrator.

Langkah 2

Sebaik sahaja selesai, DJ Lela pun insert bibliography dalam References supaya tesisnya sentiasa up to date.

Langkah 3

Selepas selesai menulis tiga perenggan ini, DJ Lela termenung sebentar bagi mencari idea bagaimana pernyataannya harus disusun dan akhirnya mencadangkan urutan berikut iaitu:

  • kesukaran memahami konsep sains
  • faktor mempengaruhi perubahan konsep
  • penyediaan persembahan animasi untuk mempengaruhi perubahan konsep

Berikut pernyataan asal tulisan DJ Lela:

Brown (2001) mengkaji kesukaran yang dihadapi oleh pelajar dalam mempelajari dan memahami konsep abstrak dan dinamik yang terdapat dalam subjek sains. Dapatan kajian ini menunjkkan bahawa konsep sains yang saling berkaitan memerlukan pelajar memahami konsep-konsep asas terlebih dahulu. Pemahaman konsep asas ini akan membantu pelajar memahami konsep yang lebih abstrak dan dinamik.

Black (2003) telah menjalankan kajian mengkaji hubungan antara style belajar dengan keupayaan pelajar mengalami perubahan konsep dalam memahami sesuatu konsep sains. Kajian ini merumuskan bahawa terdapat 3 faktor yang perlu sebelum pelajar boleh mengalami perubahan konsep. Pertama, bahan pengajaran hendaklah menunjukan sesuatu yang boleh menimbulkan konsep mudah yang konflik dengan pemahaman semasa pelajar.

Keduanya bahan pengajaran dipersembahankan yang logik dan mudah dipersembahkan bagi membetulkan konflik pemahaman ini. Seterusnya, contoh-contoh mudah dipersembahkan bagi memantapkan perubahan konsep yang berlaku dalam mind pelajar.

Green (2002) memeriksa kesan animasi dalam persembahan multimedia. Beliau mendapati 65% pelajar menyukai persembahan animasi dengan teks berbanding dengan 78% menyukai persembahan animasi dengan narrator.

Langkah 4

Selepas itu DJ Lela menambah beberapa ayat bagi membetulkan perenggan supaya idea yang ingin disampaikan menjadi lancar dan ada kesinambungan serta menggambarkan kajian yang akan dijalankan. DJ Lela juga memastikan ayat yang di tulis mengikut prinsip 4 C – clear, concise, consistent dan coherent.

DJ Lela juga menulis dengan mengurangkan pendekatan seperti meringkaskan kajian lepas dan supaya suara beliau lebih dominan dalam sorotan literatur. DJ Lela telah menghubungkan idea ‘penyediaan bahan pengajaran Kimia’, ‘animasi’ dan ‘perubahan konsep’ bagi memberi konteks kepada kajian yang beliau jalankan. Maka DJ Lela pun menaip semula.

Langkah 5

JUST DO IT!! Teruskan penulisan, tambah bacaan dan jangan hantar kepada penyelia selagi sorotan literatur anda tidak lengkap.

Sumber: Dr Othman Talib

 

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL