no comments

SEPULUH (10) URUTAN BINA THESIS STATEMENT (TS)

Saya sedang semak satu proposal, rasa tawar sebab tidak jumpa  argument / isu dalam proposal tersebut. Saya baca macam artikel yang tidak ada argumen dengan problem statement yang seperti sengaja diada-adakan, mengada-ngada sungguh !!

Tahu tidak apa itu thesis?

Thesis is to claim something !! Kalau tidak ada samalah macam anda buat buku teks ! Maka saya sekali lagi ingin tekankan betapa thesis mesti ada “Thesis Statement” bagi mewakili kenapa anda membuat satu-satu claim yang anda buktikan claim anda tu dengan kajian.

Pendek kata, TS akan menjawab persoalan dalam viva – What is your thesis about? Sekali lagi TS adalah “claim” yang menjadi “stand” anda dalam sesuatu debatable issue / argument, barulah nampak keperluan untuk dibuat kajian bagi membuktikan claim anda tu.

Pening?

Teruskan membaca. Saya ulang bahawa TS mengandungi 3 element – topic, claim, support. TS adalah pernyataan stand yang anda pertahankan dalam literature review. Saya faham di Malaysia tidak ditekankan langsung TS, jadi meraba-raba lah anda.

Izinkan saya menyingkap semula bagaimana saya membina TS yang kemudiaannya menjadi plan kepada LR saya. Inilah senarionya supaya anda boleh “belajar” sesuatu. Saya minat animation, saya cikgu kimia. Saya mulakan dengan literature search dengan keyword asas “animation”, “education” dan lain-lain yang relevan. Saya mula dapat idea bagaimana animation yang mula diperkenalkan dalam pendidikan sains telah mula mendapat tempat dalam kajian-kajian lepas.

Antara isu utama yang menjadi perbahasan adalah kesesuaian animation untuk menerangkan konsep sains dan teori yang digunakan untuk membina animation. Saya juga dapati kajian lepas tidak menekankan kesan terhadap pelajar berbeza pencapaian akademik. Saya juga dapati animasi hanya dikaji berasaskan prinsip yang trivial seperti cognitive load dan spatial ability serta redundancy principle.

Disamping itu, saya ada kelebihan dalam mengajar kimia dan saya tahu, konsep kimia abstrak dan dinamik seperti dalam elektrokimia memerlukan animasi yang sistematik bukan sekadar superficial.

Jadi saya senaraikan urutan 10 langkah berikut sebagai asas untuk anda faham dan apply mana yang sesuai untuk diri anda sendiri:

  1. Saya memilih topik “animation in science education” sebagai topik kajian saya dan “animation in chemistry” sebagai area of investigation saya.
  2. Namun saya memerlukan satu statement untuk diuji yang masih debatable yang saya claim penting untuk kajian saya iaitu animasi yang perlu dibina dengan teori sesuai supaya animasi tersebut mempunyai “a great potential to enhance students’ conceptual change in understanding the Abstract and dynamic concepts of chemistry”. Inilah argumen yang saya claim untuk kajian saya.
  3. Saya perlu pertahankan argumen saya ini dengan memilih teori dan model yang sesuai
  4. Kemudian saya pilih teori conceptual change kerana saya ingin mengkaji secara mendalam bagaimana animasi tersebut boleh mengubah konsep asas pelajar.
  5. Idea conceptual change ini saya gabungkan / hibridkan dengan cognitive dan social constructivist. Untuk mengajar animasi tersebut saya guna model Posner yang sesuai untuk menguji tahap conceptual change pelajar.
  6. Inilah gabungan teori yang saya guna:
  • Teori pembelajaran pelajar – conceptual change
  • Teori membina animasi – contructivist
  • Teori Pengajaran – Model Posner
  1. Maka saya perlu membina animasi berasaskan teori constructivist ini dan melihat kesannya terhadap conceptual change pelajar yang berbeza latar belakang menggunakan model (pengajaran) Posner. Saya dapati banyak kajian guna pre-post experimental design maka sayapun “upgrade” lah skill dengan guna sequential mixed method – experimental design + interview.
  2. Oleh itu claim saya di atas mesti sokong dengan statement “the computer-animated instruction should be develop based on constructivist teori and implemented in teaching chemistry” sebagai support statement.
  3. Saya pun menggabungkan Topic + Argument / Claim + Support menjadi TS saya: “The use of animation in teaching chemistry (topic) has a great potential to enhance students’ conceptual change in understanding the Abstract and dynamic concepts (debatable claim); therefore the computer-animated instruction should be develop based on constructivist teori and implemented in teaching chemistry (support)”.
  4. Dengan adanya thesis statement di atas, maka tahulah saya apa yang related dengan kajian saya untuk saya prepare LITERATURE REVIEW yang lengkap bagi mempertahankan TS. Lepas itu barulah mudah untuk membina LR bagi mempertahankan claim anda.

 

Sumber: Dr. Othman Talib

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL