no comments

SEMBILAN (9) JOURNAL MAINSTREAM

Hello, buat apa tu?

Baru balik dari library.

Aik. Ingatkan students je pergi library.

Jangan tak tahu. Ada student Master / PhD yang satu semester pun belum jejak library tau.

Apa you buat kat library tu?

He he. Berkenalan dengan librarian. Sambil bertukar-tukar fikiran. Saya sempat promote librarian-librarian tu supaya sambung belajar, buat Master.

Kenapa lak?

Habis, dah duduk dalam library, buatlah research. Kalau tidak sama macam duduk tepi laut tapi hari-hari beli ikan kat pasar yang dah kena air batu 2, 3 hari. Balik je dari library ade benda saya nak share.

Apa benda tu?

Ini sambungan pesanan kepada mereka yang ada penyakit googlemania.

Pesanan apa?

Janganlah retrieve journal online dari sumber-sumber yang tidak established, macam pasar malam.

Habis?

Jika anda calon Master / PhD, pastikan hanya reviewed journal yang ada quality dan impact factor sahaja anda rujuk.

Mana nak tahu tu?

Emmm, berikut saya senaraikan 9 sumber international journal yang artikelnya adalah peer-reviewed dan established untuk anda rujuk, dan sebahagian besarnya mempunyai impact factor (tak kisahlah besar ataupun kecik), atau telah diindekskan dalam Scopus.

Kat mana nak retrieve tu?

Sure melalui homepage library IPTA / IPTS masing-masing la. Berikut adalah 9 sumber journal mainstream tersebut.

  1. EBSCOhost– World’s foremost research database service.
  2. Emerald– The world’s leading scholarly publisher of journals and books.
  3. ProQuest – Provides archives of sources such as dissertations and theses.
  4. SAGE Online Journal – Publishes more than 560 journals.
  5. SpringerLink – Online peer-reviewed journals.
  6. JSTOR – A digital archive of over one thousand academic journals.
  7. Taylor & Francis Group– Publishes books and academic journals.
  8. Wiley InterScience – Offers over 3 million articles from 1400+ journals.
  9. ScienceDirect– An online collections of published scientific research.

Ingat, banyak sekali journal online yang tidak melalui sumber di atas, yang anda perlu ragui kualitinya, sama ada di Malaysia mahupun luar negara.

Emmm, tak perasan pula saya.

Banyak IPTA juga menerbitkan journal. UPM contohnya terbitkan  PERTANIKA dengan mengandungi beberapa jurnal seperti Journal of Social Sciences & Humanities. PERTANIKA adalah international peer-reviewed journal yang telah diindeks dalam Scopus (Elsevier). Jadi tiada masalah untuk merujuk jurnal tersebut. Terdapat juga jurnal tempatan seperti Jurnal Kementerian Pendidikan Malaysia yang diterbitkan oleh Jemaah Nazir tapi saya tak pasti pula kedudukan jurnal-jurnal tersebut, so anda semaklah sendiri.

Kesimpulannya, ada ratusan ribu jurnal yang pastinya mengandungi jutaan artikel. Bayangkan ScienceDirect sahaja ada lebih 2,500 jurnal yang mengandungi hampir 10 juta artikel, dan maybe ada ratusan ribu pula dalam bidang kajian anda.

Mak ai, banyaknya. Kalau dicampur semua sumber mahu berbilion-bilion tu.

Tahu tak apa, jadi janganlah duduk depan komputer dan Google sahaja apa yang keluar untuk anda buat citation. Bahan-bahan umum seperti dalam Wikipedia atau dalam artikel-artikel yang tidak diketahui impact factor ataupun index citation, malah reviewed atau tidak, masih boleh dibaca untuk menambah pemahaman anda, tetapi bukan untuk dijadikan citation. Menjadikan bahan-bahan ini sebagai citation, akan menjatuhkan quality thesis anda. Kalau ada satu dua artikel “common ground” ni maybe tak apa. Ni tak, hampir semuanya artikel bukan dari impact journal.

Buka dan akses library kerana library subscribed sumber-sumber tersebut untuk anda menjejak pilot artikel anda dari 9 sumber yang dinyatakan di atas, dan carilah gap kajian anda. Sure anda akan menjumpainya, atau anda boleh akses library anda dari rumah, malah dalam bentuk e-book. Tiada lagi alasan untuk access artikel-artikel yang established !

Sumber: Dr Othman Talib

 

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL