no comments

Sampai bila thesis mesti tebal dan monochrome?

Sampai bila thesis mesti tebal dan monochrome ? Kenapa tak jadikan tesis kecil, comel, nakal – menggoda !

Katanya thesis mestilah ada impact. Kata-kata tersebut hanyalah klise turun temurun sebab tak sapapun akan baca tesis yang tebal, menjela2, monochrome dan tersimpan rapi dan dijaga dgn ketat dilibrary. Nak pinjam bawa kuar pun tak boleh – antagonist !

Bukan itu sahaja, ada gak yang dah jadi SV, segan pulak nak pinjamkan tesis utk rujukan pelajar, takut pelajar tak jumpa pulak “impact pada negara” dan “gap yang telah diisi” dalam tesis tersebut spt yang ditagih sehingga pelajar tak siap2 proposal – cakap tak serupa bikin !

1. Cadangan Aku nak cadangkan sesuatu. Thesis yang dah siap, perlu di permudahkan (spt ringkaskan LR) dalam bentuk buku yang comel, warna warni… utk diedarkan atau disimpan dalam unit pinjaman library. Tesis asal yang tebal dan monochrome disimpan saja oleh empunya diri dan maybe difakulti.

Mana boleh bro…. itu tak pernah berlaku di Msia ! Ohh tidakk !!

Sesapa yang pernah pergi Denmark, silalah singgah uni. di sana. Sekadar makluman, University of Copenhagen misalnya adalah universiti 50 terbaik ranking dunia, jauh meninggalkan IPTA Malaysia. Di sana, pelajar yang dah diluluskan oleh supervisory committee, jabatan cetakkan tesis yang disiapkan oleh pelaja dalam bentuk buku yang comel dan diadakah satu sesi VIVA yang santai dan informal, utk mempersembahkan hasil kajian, bukan utk defend. Buku tersebut boleh diedarkan kepada hadirin.

2. Mohon ISBN

Jadi, kalau IPTA di Msia, ambil satu langkah inovatif, supaya pelajar memohon ISBN (boleh isi online … sempoi jer ) melalui fakulti masing2…. utk buku yang dipermudahkan dari tesis maka sekurang2nya setiap pelajar PhD dah ada satu buku….. perghh !! – selain dari artikel yang diterbitkan! Buku ini mudah disimpan dan diedarkan, maybe adalah “skit” impaknya pada society ! Saya sertakan beberapa foto.. thesis dalam bentuk buku yang saya perolehi ketika berbengkel dgn pelajar Msia di Copenhagen, Denmark. ….sebagai membuka minda. Takut2 ada yang kata idea saya ni giler !!

Technical Uni of Denmark (DTU) yang buat thesis dalam bentuk buku ini spt foto dibawah…. adalah world ranked 31 !!

Sumber: Dr Othman Talib

Dari: Team MPWS

 

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL