no comments

Sampai Bila Tesis Mesti Tebal Dan ‘Monochrome’?

Kenapa tak jadikan tesis kecil, comel, nakal – menggoda !

Katanya tesis mestilah ada impact. Kata-kata tersebut hanyalah klise turun temurun sebab tak siapa pun akan baca tesis yang tebal, menjela-jela, “monochrome” dan tersimpan rapi dan dijaga dengan ketat di library. Nak pinjam bawa keluar pun tak boleh – antagonist !

Bukan itu sahaja, ada juga yang dah jadi SV, segan pulak nak pinjamkan tesis untuk rujukan pelajar, takut pelajar tak jumpa pulak “impact pada negara” dan “gap yang telah diisi” dalam tesis tersebut seperti yang ditagih sehingga pelajar tak siap-siap “proposal” – cakap tak serupa bikin !

1. Cadangan

Aku nak cadangkan sesuatu. Tesis yang dah siap, perlu dipermudahkan (seperti ringkaskan LR) dalam bentuk buku yang comel, warna warni untuk diedarkan atau disimpan dalam unit pinjaman library. Tesis asal yang tebal dan “monochrome” disimpan saja oleh empunya diri dan mungkin di fakulti.

Mana boleh bro, itu tak pernah berlaku di Malaysia! Ohh tidakk !!

Sesiapa yang pernah pergi Denmark, silalah singgah universiti di sana. Sekadar makluman, University of Copenhagen misalnya adalah universiti 50 terbaik ranking dunia, jauh meninggalkan IPTA Malaysia. Di sana, pelajar yang dah diluluskan oleh supervisory committee, jabatan akan cetakkan tesis yang disiapkan oleh pelajar dalam bentuk buku yang comel dan diadakah satu sesi VIVA yang santai dan informal, untuk mempersembahkan hasil kajian, bukan untuk defend. Buku tersebut boleh diedarkan kepada hadirin.

2. Mohon ISBN

Jadi, kalau IPTA di Malaysia ambil satu langkah inovatif, supaya pelajar memohon ISBN (boleh isi online, sempoi jer) melalui fakulti masing-masing. Untuk buku yang dipermudahkan dari tesis maka sekurang-kurangnya setiap pelajar PhD dah ada satu buku, perghh !! – selain dari artikel yang diterbitkan! Buku ini mudah disimpan dan diedarkan, maybe adalah “skit” impaknya pada “society”! Saya sertakan beberapa foto. Tesis dalam bentuk buku yang saya perolehi ketika berbengkel dengan pelajar Malaysia di Copenhagen, Denmark, sebagai membuka minda. Takut-takut ada yang kata idea saya ni gila !!

Technical Universiti of Denmark (DTU) yang buat tesis dalam bentuk buku ini seperti foto di bawah adalah “world ranked” 31 !!

 

Sumber: Dr Othman Talib

Dari: Team MPWS

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL