no comments

Research Context Dan Discussion Of Findings.

1. Masih ada yang tanya lagi…. kenapa mesti tulis macam ini?

“Findings of the study indicated that …. thus this finding is in line with that highlighted in X (2012) study. This finding is also supported by other research, such as that by Y (2009) who reported …”

2. Research Context (RC)?
RC adalah semua aspek yang berkaitan dengan kajian seperti persekitaran sosial.. budaya… amalan.. lokasi / setting dan reka bentuk kajian. Dapatan dari kajian yang berbeza… dalam konteks yang berbeza memberikan interpretasi berbeza, lebih-lebih lagi dalam kajian social science. Menggunakan instrumen dan sample yang berbeza dari kajian anda juga membawa interpretasi yang berbeza.

3. Maka… bukan satu keperluan menjadikan dapatan kajian2 lepas sebagai ‘menyokong’ atau tidak dapatan kajian anda … sedangkan kajian-kajian tersebut berlaku dalam konteks yang berbeza.

4. Kajian obersi misalnya terus-terusan dibandingkn dengan dapatan kajian sendiri sedang konteksnya mungkin saja jauh berbeza.

5. Apa yang lebih utama adalah mengupas dapatan kajian anda sendiri yang dikaitkan dengan data yang diperolehi serta theoretical dan conceptual framework yang menjadi asas kajian (quantitative) anda.

6. Menggunakan terus dapatan kajian lepas untuk menyokong kajian anda menunjukkan anda seperti telah melakukan ‘duplikasi’ kajian-kajian lepas tersebut… nak-nak geng GAP yang awal-awal kata kajiannya tak pernah dibuat lagi… kelakar lah pulak.

Sumber: DR OTHMAN TALIB

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL