no comments

REKA BENTUK PENYELIDIKAN KUALITATIF

REKA BENTUK KAJIAN KUALITATIF

  • Penyelidikan Etnografi
  • Penyelidikan Kajian Kes
  • Penyelidikan Fenomenologi
  • Grounded Theory

 

PENYELIDIKAN ETNOGRAFI

  • Kajian lapangan berbentuk pemerhatian yang mengkaji sesuatu budaya atau tingkahlaku dalam sesebuah masyarakat.
  • Budaya: kepercayaan yang dikongsi dalam sesuatu masyarakat
  • Perkongsian sikap, nilai, norma, amalan, bahasa dan perkara kebendaan sekumpulan masyarakat.

 

PENYELIDIKAN KAJIAN KES

  • Merupakan penerangan dan penganalisisan terperinci sesuatu fenomena atau unit sosial (individu, kumpulan,institusi atau komuniti)
  • Kajian kes juga memfokuskan kepada penghuraian yang holistik atau menyeluruh dan memberikan penjelasan kepada sesuatu peristiwa yang berlaku secara mendalam. (Yin 1994)
  • Kajian kes menjawab soalan “bila”, “bagaimana” dan“mengapa”
  • Alat kajian yang sesuai diperlukan untuk memperolehi maklumat berkenaan

 

 

PENYELIDIKAN KAJIAN KES

ALAT KAJIAN

  • Soal selidik
  • Temu bual
  • Pemerhatian
  • Penelitian dokumen
  • Dokumen peribadi  (contoh:diari,memo, surat,foto,video,autobiografi, jurnal)

 

 

  PENYELIDIKAN KAJIAN KES

  • Bila Ianya Sesuai Digunakan?
    • Jika fokus penyelidikan adalah tentang proses (Merriam 2001)
    • Bila ada cerita atau peristiwa yang unik dan menarik untuk diberitahu.
    • Apabila fenomena yang ingin diselidik tidak mudah dibezakan daripada konteksnya, dan wujud interaksi yang kompleks antara keduanya (Yin 1994)

 

PENYELIDIKAN FENOMENOLOGI

  • Kajian Fenomenologi tertumpu kepada struktur atau intipati pengalaman dan melibatkan struktur kesedaran seseorang.
  • Pengumpulan pendapat, tanggapan dan tafsiran para peserta.
  • Mengharap kepada analisis data kualitatif.

 

PENYELIDIKAN FENOMENOLOGI

  • Geertz (1973) menyatakan penyelidik yang menggunakan kaedah fenomenologi berusaha untuk“memasuki” dunia konsepsi individu yang diselidik.
  • Penyelidik Fenomenologi berusaha untuk memahami maksud sesuatu kejadian serta interaksi orang awam dalam situasi yang tertentu. (Bogdan &Biklen, 1992)

 

 

PENYELIDIKAN FENOMENOLOGI

 UMUM

  • Bagaimana pengalaman harian mempengaruhi dan membentuk perlakuan manusia.

FOKUS

  • Pengalaman subjektif manusia serta takrifan mereka terhadap dunia (memahami cara, pandangan atau perspektif dunia melalui pandangan orang lain.

CONTOH

  • Peristiwa, situasi, pengalaman @ konsep

 

 

GROUNDED THEORY

  • Diasaskan oleh Glaser dan Strauss pada awal tahun 1960-an.
  • Merupakan pilihan utama penyelidik yang ingin membina teori tentang fenomena yang ingin mereka ketahui dengan lebih mendalam tentang punca permasalahan yang dihadapi secara khusus, situasi dan setting.
  • Ia melibatkan proses yang berulang-ulang.
  • Masalah yang dikaji – pengkaji akan membina seberapa banyak soalan yang memfokuskan kepada- apa yang berlaku kepada orang yang hendak dikaji,- kenapa masalah itu berlaku dan- apa kesannya kepada orang dikaji.

 

 

  GROUNDED THEORY

Ringkasan proses grouded theory

  • Baca data yg ditranskripsikan
  • Senaraikan maklumat
  • Kategorikan maklumat
  • Ulang dengan transkripsi yang selanjutnya
  • Kenalpasti kategori yang kerap berlaku (major) dan kategori sampingan (minor) serta tema
  • Lakukan triangulasi
  • Ulang langkah jika perlu

 

Sumber : www.academia.edu

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL