no comments

REGRESSI ATAU S.E.M ?

salam dr…saya F dari kuantan.. Banyak nak tanya sebenarnya ni…takpelah sikit-sikit dulu ye..
1. pertama nak tanya pasal Structural equation modelling…saya tak jelas tentang kaedah analis dalam SEM ni..adakah ia sama dengan keadah analisis biasa?adakah ia perlukan hipotesis seperti biasa?
bagaimana dengan latent variable dan observed variable? adakah ia mempunya peranan yang sama macam IV dan DV?
Thanks dr..
 
RESPON:
 
Salam F,
Ni bukan sikit….. terus tanya SEM…. Phew…
Pastikan u faham dulu regressi dan covariance. Apapun, saya cuba ringkaskan apa yang u tanya….
 
Kadang2 citer panjangpun tak guna….. maka saya cuba ringkaskan…


– SEM perlukan model dibina dari teori (path analysis)
– SEM dianalisis dengan AMOS
– SEM melibatkan latent (unobservable) dan / atau observable variable
– SEM guna istilah endogenous dan exogenous variable bukan IV dan DV

SEM ini selalu dikelirukan dengan pelbagai regresi kerana fungsinya hampir sama tetapi berbeza seperti berikut. Jadi beginilah ringkasan kedua2nya …..

REGRESI GANDAAN
I)Model dibentuk  berdasarkan    hubungan antara  IV dan  DV
II)IV dan DV adalah variabel diukur  secara lansung seperti skor

Contoh:

Apakah  terdapat  pengaruh  ketinggian  (m) dan  berat  badan  (kg)  terhadap  ketinggian lompatan (m)  athlet  lompat  tinggi.

(Variable dapat diukur secara lansung – guna tali tape ler)

SEM
I)Model dibentuk berdasarkan hubungan  yang kompleks  antara  variabel   endogenous   dan  exogenous.
II)Variabel  diukur  secara  langsung  dan/atau variable yang  tidak diukur  secara langsung (latent). Variable latent  ini diukur berdasarkan indicator yang berkaitan dengan variable tersebut.

Contoh:

Apakah terdapat pengaruh variable exogenous spt self-esteem, disiplin, dan  motivasi terhadap variable endogenous spt kepuasan bekerja?

(Variabel  self-esteem, disiplin, motivasi,  dan  kepuasan  adalah  latent  maka  diukur berdasarkan    indikator variable tersebut dgn item soal selidik misalnya sebab  tidak boleh diukur secara terus)

Sumber : Blogspot Dr.Othman Talib

 

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL