no comments

RAHSIA MENULIS THESIS YANG TAK PERNAH DIBERITAHU PADA ANDA

RAHSIA MENULIS THESIS YANG TAK PERNAH DIBERITAHU PADA ANDA

Tesis (atau dissertasi) diperlukan sebagai pra-syarat mendapatkan ijazah sarjana mahupun kedoktoran bagi menyambung tradisi kesarjanaan dengan menerbitkan artikel ilmiah yang diekstrak dari tesis tersebut.

Dengan tertulisnya tesis yang lengkap, katakan Chapter One, Two and Three (ini pentingnya zero draft dan dokumen map) walaupun masih belum refine, masih carca-marba, masih berkucalana (kalau tak tahu tanya mek klate maksud perkataan ini), masih belum ada data dll kekurangan, TETAPI anda masih dapat melihat perspektif kajian anda dengan lebih luas… mulai pendahuluan sehinggalah ke kemungkinan dapatan anda.

Anda berpeluang memahami kajian anda secara menyeluruh dari semua aspek serentak dalam semua Chapters yang anda telah siapkan. Anda boleh semak method anda dengan persoalan kajian. Anda boleh semak kajian lepas dengan kerangka teori anda. Anda boleh bandingkan beberapa teori yang berbeza yang telah anda tulis dll lagi.

Memahami tesis secara overall sangat penting bagi anda memilih secara selective artikel2 baru yang anda ingin baca dan analisis. Ini akan memberikan lebih fokus dan memudahkan anda.

Dan yang paling penting…. SV anda boleh memberi komen yang lebih komprehensif kepada tesis anda, berbanding jika anda hanya hantar chapter by chapter. Walaupun SV selalu minta Chapter One dulu, tetapi anda sepatutnya serahkan juga  Chapter Two and Three. Then bila SV tanya itu dan ini, anda telah bersedia dengan jawapan yang meyakinkan. SV anda juga patut menerima dan membaca keseluruhan idea anda, bukan sahaja Chapter One. Tentu lebih mudah SV anda lihat hala tuju kajian anda dengan membaca beberapa Chapter serentak.

Anda juga boleh membuat correction dan editing di sana sini … sambil membetulkan pemahaman anda serentak. Dengan kemahiran penulisan, kerja2 editing bukanlah satu isu yang sangat besar…. semuanya boleh dibuat dengan beberapa klik sahaja !!

So inilah rahsia yang saya ingin kongsikan. Anda tak perlu setuju dengan saya, tetapi hayati dan fahami maksud yang tersirat, tersurat dan terpahat dalam tulisan saya ini.

Sumber : Dr Othman Talib

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL