no comments

Purposive, Convenience atau Kedua-duanya?

Kedua-dua istilah persampelan bukan rawak ini sering mengelirukan dan sering disalah gunakan dalam tesis. Pegang pemahaman mudah ini supaya anda tak keliru lagi.

Convenience :

Subjek yang anda pilih kerana senang nak dapatkan walaupun tiada kaitan langsung dengan kajian anda. Katakan anda ingin menguji persetujuan terhadap konsep 1Malaysia di kalang belia. Anda (tanpa malu-malu dengan segan-segan) telah meilih pelajar anda atau palajar kawan atau belia di kawasan perumahan anda kerana ianya mudah diperolehi.

Purposive :

Subjek dipilih dengan tujun yang lazimnya ada kaitan dengan kajian anda. Katakana anda ingin menguji keberkesanan perisian komputer tingkatan 4, maka anda mengambil kumpulan pelajar tingkatan 4 sekolah anda mengajar di matrikulasi atau IPTA.

Convenience dan juga Purposive :

Subjek dipilih dengan tujuan untuk mengkaji keberkesanan madul X bagi kurikulum matrikulasi. Anda pun dengan senang memilih pelajar anda sendiri kerana anda mengajar di matrikulasi dan pemilihan subjek memenuhi kriteria kajian anda. Ketika ini anda menggunakan persampelan convenience dan purposive sekaligus. Pernah dengar tak? Jika tdak, biasalah, anda semua tak pernah dengar, semuanya confused.

Kajian Pilot :

Kajian pilot sering menggunakan convenience sampling, bagi tujuan menguji soal selidik atau instrument lain. Ini OK sahaja asalkan sampel anda memiliki ciri-ciri populasi. Anda juga boleh lakukan pilot beberapa kali, tak semestinya sekali seperti lazimnya jika masih terdapat pembetulan. Jika anda ingin menguji soal selidik kepada guru sains, anda pergi je jumpa beberapa guru Sains di sekolah sekitar rumah anda sebagai convenience sampel bagi kajian pilot anda. Hulurlah sikit bagi insentif kepada mereka. Jangan bagi pen sebab mereka dah banyak pen, dan pen mereka jauh lebih canggih dari yang anda nak bagi.

Sumber Othman Talib

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL