no comments

PROSES UNTUK BERJAYA DALAM PhD

Perjalanan dalam menempuh PhD bukanlah sesuatu yang amat mudah. Proses pembelajaran di peringkat doktor falsafah (PhD) cukup memenatkan dan memeritkan. Ini adalah kerana proses pengajian PhD cukup jauh berbeza dengan diploma, ijazah mahupun sarjana. Namun dengan semangat yang ada dalam diri, In Sha Allah semuanya akan dipermudahkan.

PhD adalah merupakan suatu sistem yang perlu difahami oleh pelajar, dimana  anda perlu tahu tentang semua proses yang terlibat dan apa yang perlu anda lakukan untuk mendapatkan ‘title’ PhD.  Dalam pengajian PhD, pelajar tidak boleh sesuka hati ‘underestimate’ atau ‘overestimate’ apa yang sebenarnya diperlukan didalam PhD.

 

 

Sistem PhD sangat penting untuk difahami oleh pelajar. Tetapi, adakah anda faham bagaimanakah sistem didalam PhD?? Dan pernah dengar tak PhD Mosaic.??

PhD Mosaic ? Apa ituu??

Baiklah, mari saya terangkan.

Mosaic telah diambil dari makna asal iaitu jubin. PhD digambarkan sebagai sistem jubin. Katakan salah satu kepingan jubin ini hilang atau tidak teratur, kita tidak akan dapat gambaran sebenar yang ingin digambarkan oleh jubin-jubin ini. Begitu juga dengan perjalanan PhD ini. Speaker PhD Mosaic, Dr Nor Aida Abd Rahman merujuk mosaic sebagai suatu sistem yang perlu diikuti yang para pelajar.

7 sebab kenapa ada PhD Mosaic :

  • Lebih memahami apa proses yang terlibat dalam mendapatkan PhD
  • Dapat mengetahui bagaimana hendak mencari supervisor dan universiti yang sesuai
  • Lebih mengetahui apa yang perlu dilakukan , bagaimana dan dimana penyelidikan harus dimulakan
  • Dapat menjelaskan dengan lebih terperinci jenis-jenis penyelidikan
  • Dapat mengetahui bagaimana hendak memulakan research dan mencari gap
  • Menerangkan bagaimana untuk menulis pernyataan masalah, kajian literatur dan memilih kaedah berkaitan dengan paradigma
  • Dapat mengetahui proses untuk menyiapkan tesis dan bagaimana hendak mempertahankan viva dan banyak lagi

7 kelebihan PhD Mosaic :

  •  Membincangkan secara menyeluruh proses penyelidikan bermula daripada cadangan penyelidikan, mencari penyelia, menulis kajian literatur sehingga proses viva & penerbitan
  • Membincangkan lebih daripada 30 key term utama dalam penyelidikan seperti:
    •  Moderator and mediator, Antecedents and Consequences, Theoretical and Conceptual Framework, Hypothesis and Popositions, Stance, Triangulation, Justification and many more terms.
  •  Dapat meneroka bagaimana untuk membina conceptual theoretical framework dengan lebih baik.
  • Memudahkan perjalanan pascasiswazah dengan memudahkan urusan untuk membuat jadual-jadual yang terlibat dalam PhD
  • Tips PERCUMA berkenaan bagaimana untuk mempertahankan cadangan penyelidikan
  • PhD Mosaic akan disampaikan oleh penyelidik yang menjalankan kajian mengenai PhD dan penulis buku PhD Mosaic sendir
  • Dapat ‘face to face’ untuk bertanya soalan yang terbuku difikiran anda

 

Jadi kesimpulannya disini, jika anda boleh memahami apa itu sebenarnya ‘PhD Mosaic’, In Sha Allah ianya akan lebih memudahkan anda untuk mengharungi liku-liku pengajian PhD anda.

Saya doakan anda semua berjaya menempuh perjalanan PhD anda.

Semoga berjumpa lagi …

 

 

Berminat untuk belajar PhD Mosaic?

Boleh sertai Postgraduate Camp 5.0 dimana terdapat 1 slot yang akan disampaikan oleh Dr. Nor Aida Abdul Rahman, penceramah untuk PhD Mosaic.

Berikut adalah butiran bengkel Postgraduate Camp 5.0 :

Date
»
02 & 03 June 2018 (Sabtu & Ahad)
Time
»
8.00 a.m. – 4.30 p.m
Venue
»
MPWS Training Centre, 63-1, Jalan Kajang Impian 1/11,
Taman Kajang Impian, Seksyen 7, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor # map
Speaker
»
Dr.Othman Talib
Dr. Nor Azwadi Che Sidik
Mejar (B) Mohd Zin Mokhtar
Dr. Nor Aida Abd Rahman
Dr Jalina Karim
Dr. Zool Hilmi Ashari
Ady Hameme (Certified Professional ATLAS.ti Trainer)
Shuhairy Norhisham
Registration Fee
»
1 PAX – RM120 
3 PAX – RM330
5 PAX – RM450
Medium
»
Bahasa Melayu
Website
»
http://postgraduateworkshop.com/pgcamp

 

 

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL