no comments

Proposal Phd / Master – Apa Itu “significance of study”?

Ada dua senario aku nak kongsi:

Pertama: Seorang pelajar master yang membentangkan proposal tentang pembinaan portal disergah dengan soalan “Apa guna bina portal dan test portal tersebut jika portal diluar sana jauh lebih canggih…. abis apa contribution awak kalau macam ni? “

Respon aku: Ini isu yang ditanyakan kepada aku. Aku percaya…. calon berhak membina portal (prototype) kerana itu salah satu bidang dalam pengajiannya dengan menggunakan theory tertentu dan belajar untuk membuat kajian secara sistematik bagaimana menilai respon users terhadap portal tersebut… dan kajian ini significance kepada calon master tersebut yang tiada pengalaman menjalankan kajian sebelumnya. Membandingkan portal yang ingin dibina oleh pelajar dengan portal yang dibina oleh badan yang established diluar sana adalah satu perbandingan yang tidak rasional sama sekali !

Kedua: Aku terbaca satu statement dalam satu buku penyediaan proposal bahawa antara ciri “significant of study” sesuatu kajian adalah “to enable policy makers and administrators to make sound decisions… to relevant parties… agencies involved”.

Respon aku: Aku percaya…. Kriteria tersebut memang menepati ciri-ciri proposal sebuah kajian oleh expert, researcher, lecturers / SVs dan BUKANNYA kajian oleh calon master / PhD sebagai student researcher yang fokusnya perlu diberikan kepada penguasaan kemahiran dan pengetahuan mendalam dalam menjalankan kajian secara sistematik.

Tarik nafas. Oleh itu, aku juga percaya, keutamaan semasa membentang proposal adalah untuk memastikan kajian calon master /PhD (then penulisan tesis) yang bakal dilakukan “significance” kepada calon sebagai “satu latihan akademik” supaya calon tersebut mendapat peluang mendalami lagi penulisan literature yang kritis, mempelajari bagaimana pemilihan teori dapat dijustifykan, memahami aspek pemilihan analisis data, mengetahui bagaimana untuk menjalankan prosedur validity dan reliability instrument serta berupaya membuat tafsiran data dan membuat perbincangan.

Oleh itu soalan semasa defend proposal patut lebih tertumpu kepada pengetahuan dan pemahaman asas calon terhadap semua aspek utama kajian seperti yang disebutkan di atas…. termasuklah pemilihan sumber citation, penentuan gap kajian, memformulasikan soalan kajian.. sehingga kepada cadangan conceptual framework supaya hasilnya nanti boleh sampai ke makam “contribution to the body of knowledge” MELEBIHI persoalan klise tentang “kenapa buat kajian yang dah banyak dibuat, apakah originality dan novelty kajian, atau meminta pula supaya kajian tersebut mesti ada contribution to society / agensi / ministry… !!

Aku selalu berpendapat bahawa …. matlamat utama proposal defend adalah untuk memantapkan mana2 kelemahan pemahaman pembentang….. dengan memberi cadangan membina….. barulah defend proposal menjadi event yang productive…. bukan mimpi ngeri…. apabila wujudnya soalan2 yang “out of scope” seorang calon / student researcher yang novice seolah2 calon tersebut adalah seorang expert yang mendapat grant juta2 yang membuat research dalam satu team yang juga expert. Benda simple macam ni pun ramai yang tak boleh faham !

Bayangkan…. khususnya dalam social science, kajian oleh sekumpulan expert dengan budget ratusan ribupun pun tak dapat mencetuskan “contribution to society” secara yang signifikan… sekadar menghasilkan penulisan artikel sahaja !

Maka calon master/Phd bertaraf student researcher…. selepas membentang proposal… dan mendapat komentar bagi memantapkan proposalnya akan melalui “latihan akademik” membuat kajian. Aku namakan “latihan akademik” kerana kajian dan tesis tersebut akan dinilai (macam peksa jugaklah) malah akan diminta buat correction (major/ minor/ resubmission)….. sebelum diluluskan oleh senat dan mendapat sijil semasa konvo bersama2 undergrad yang lain. What’s the different?

Oleh itu thesis master / PhD yang significance adalah thesis yang mencapai satu taraf yang boleh memberikan “latihan akademik” kepada calon dalam bentuk pembinaan asas yang kukuh bagi menjalankan kajian supaya berupaya menjadi bakal penyelidik dalam bidang masing2 selepas bergraduat. Maka bagi aku….. inilah significancenya kajian yang dilakukan…. Dan significance ini lah yang patut diberikan perhatian semasa menyediakan proposal dan dimantapkan semasa pembentangan…. ditambah dengan feedback yang constructive !!

SUMBER : Dr. Othman Talib

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL