no comments

PROPOSAL PhD, APA YANG PERLU ADA DI DALAMNYA?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Apa khabar pembaca sekalian. Pada hari ini saya ingin berkongsi dengan anda semua berkenaan dengan proposal PhD. Apa yang perlu ada di dalam proposal tersebut? Mari kita ikuti artikel di bawah.

 

Kaedah Membuat Proposal PhD – Menyambung pengajian ke peringkat master atau PhD adalah satu impian yang besar bagi setiap pelajar. Lebih-lebih lagi jika pelajar itu seorang yang cemerlang dari segi pencapaian akademiknya. Pengajian Phd dikatakan sebagai penghujung kepada pengajian dan berada pada tahap tertinggi dalam bidang akademik. Namun perlu diketahui bahawa untuk menyambung pengajian ke peringkat PhD adalah berbeza prosesnya. Kenapa ia berbeza kerana pengajian PhD tidak sama dengan cara pembelajaran ketika anda bergelar undergraduate dahulu. Pengajian PhD lebih banyak fokus kepada penyelidikan dan tidak ada kelas pembelajaran serta peperiksaan akhir. Ianya adalah secara penuh membuat penyelidikan. Oleh itu, ketika pelajar ingin memohon pengajian ke peringkat PhD, pelajar perlu menyediakan proposal PhD mereka terlebih dahulu ketika permohonan dibuat untuk dinilai oleh pihak universiti samada proposal tersebut berkualiti atau tidak justeru pelajar tersebut lulus untuk menyambung pengajian PhD di universiti yang dipilih.

Amat penting bagi pelajar untuk menyediakan proposal penyelidikan yang berkualiti bagi membuktikan bahawa penyelidikan yang akan dibuat mampu memberi impak tinggi dan berdaya saing. Bagi mendapatkan proposal penyelidikan berimpak tinggi apakah perkara-perkara yang perlu ada? Disini saya kongsikan sedikit sebanyak perkara-perkara yang perlu ada untuk mendapatkan proposal penyelidikan PhD anda bermutu tinggi.

 

  1. Tajuk Kajian – Setiap proposal mestilah mempunyai tajuk kerana melalui tajuk itulah pembaca dapat mengetahui secara ringkas apakah kajian yang anda akan buat di masa hadapan.
  2. Pendahuluan – Setiap penulisan proposal perlu dimulakan dengan pendahuluan. pendahuluan ini adalah lebih kepada latar belakang kajian yang anda buat. melalui penerangan ini ia berupaya memberi gambaran secara ringkas apa yang ada ingin buat berkaitan dengan kajian anda. Pendahuluan penting kerana ia dapat membuka minda pembaca untuk mengenali kajian yang anda buat.
  3. Penyataan Masalah – Seperti kita tahu, kajian PhD adalah kajian yang berkenaan dengan masalah-masalah yang dihadapi dan masalah-masalah ini masih lagi tidak dapat diselesaikan sehingga kini. melalui penyataan masalah, pembaca dapat mengetahui jenis masalah yang dihadapi berkaitan dengan tajuk kajian yang anda buat. disini juga pembaca dapat mengetahui apakah potensi kajian yang ada akan buat.
  4. Objektif Kajian – Proposal anda juga wajib untuk sertakan objektif kajian anda. melalui penerangan objektif ini, pembaca dapat menilai samada objektif anda berkualiti atau tidak justeru menentukan samada kajian anda berguna ataupun tidak.
  5. Kepentingan Kajian – Perlu juga dinyatakan kepentingan kajian anda. apakah kesan kajian anda sekiranya kajian anda berjaya dilaksanakan. pastikan kajian anda memberi input dan output positif kepada penyelesaian masalah di atas.
  6. Literature Review – Literature review adalah penulisan yang dibuat bagi mengkaji kajian-kajian yang telah dibuat oleh penyelidik terdahulu berkenaan tajuk kajian anda. melalui literature review, kita dapat mengetahui kelopongan dalam kajian terdahulu dan melalui penemuan ini, kita akan menyambung kajian terdahulu untuk menyelesaikan kelopongan tersebut.
  7. Kaedah Kajian – kaedah kajian adalah penulisan yang dibuat bagi menjelaskan berkenaan kaedah kajian yang akan anda buat samada melaui kajian soal selidik, eksperimen, simulasi komputer dan sebagainya. Penerangan ini juga penting bagi pembaca menilai samada kajian anda ini mengikut kaedah kajian yang betul dan mampu untuk dilaksanakan.
  8. Ramalan Hasil Dapatan Kajian – Setelah semua penerangan di atas dibuat, akhir sekali anda perlu membuat ramalan hasil dapatan kajian anda. maksudnya jika kajian anda berjaya dilaksanakan, apakah output kepada umum. apakah jenis output yang diperolehi.

 

Itu adalah antara item-item yang perlu ada untuk menyiapkan proposal PhD. Format proposal ini sebenarnya bergantung kepada universiti masing-masing. Namun kebiasaannya apa yang dinyatakan di atas adalah perkara yang wajib ada dalam setiap proposal Phd anda.

 

Sumber: http://kamipelajar.com/proposal-phd-apa-yang-perlu-ada-di-dalamnya/

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL