no comments

PROPOSAL: MESTI TULIS 3 CHAPTERS SERENTAK!

Saya ingin sentuh sedikit tentang proposal, atau kertas cadangan Master mahupun PhD. Ada sesuatu yang tersembunyi yang ntah mengapa tidak ada sesiapa yang membongkarnya selama ini.

 

Mari kita hayati dialog ini:

Saya nak tanya anda, apa tujuan anda buat proposal?

La, tu kan asas jer sebelum buat kajian.

Apa makna asas tu?

Yalah, benda-benda basic yang perlu ada sebelum kita betul-betul confirm nak buat research la.

Chapter 1 Introduction, 2 Literature Review, 3 Methodology.

Ooo, lagu tu.

Abis anda dah buat sampai mana?

Baru Chapter 1. Tengah dok buat Objective dengan Research Question, tunjuk kat SV saya asyik kena perbetol jer, pasal tu la saya la ni tak boleh tulis Chapter 2 lagi, Chapter 1 pun belum settle, Chapter 3 jauh sekalilah.

 

Emmmmm, ini dialog paling lazim didengari. Setuju tak?

 

Anda bagaimana?

 

Saya berpendapat bahawa pelajar sepatutnya menyediakan SATU PROPOSAL lengkap dari Chapter 1, 2 dan 3 sebelum diserahkan kepada SV, bukannya seperti amalan dalam dialog di atas.

 

Apsal lak? Semua pelajar pun di IPTA buat cam tu! Tak caya, tanyalah group DSG tu. Depa pun sama dengan saya jugak, kalau tak caya.

 

Proposal adalah asas yang menggabungkan latar belakang, objektif, LR dan method kajian anda. Mana mungkin anda dapat menghasilkan satu objektif yang mantap yang anda betul-betul faham, jika anda tidak menyorot teori dan kajian-kajian lepas serta memahami bagaimana method dan analisis data dijalankan.

 

SETUJU?

 

Sebab itulah PROPOSAL tidak semestinye tebal dan terperinci sehingga memakan masa yang lama untuk menyiapkannya, sehingga terhakis motivasi,  proposal asal lengkap dan menyentuh aspek-aspek asas kajian, dan jelas flow kajian dan betul seperti yang ingin dijalankan. O.K. lah, dah namanya pun proposal. Yang penting SV semak flow, dari objektif, RQ hingga ke analisis statistik.

 

Proposal tu kan macam bertunang. Bertunang dilakukan sebagai peringatan akan tanggungjawab besar selepas berkahwin. Jangan sampai ada syarat yang ketat seperti:

 

Mak: Apa? Othman tu cikgu jer? Mak pantang yang tak kaya!

Anak: Tapi mak, Othman kaya mak.

Mak: Kaya? Apsal dia pakai keta Jepun, tak pakai keta Mercedes atau BMW?

Anak: Tapi Othman tu kaya budi bahasa.

Mak: Ensem tak dia?

Anak: Lebih ensem dari ayah mak.

Mak: Baiklah. Tapi jangan kau perli-perli ayah kau yang sentiasa ensem di hati mak.

Anak: Jadi boleh kan mak. Kan kan.

 

PROPOSAL walaupun ringkas TETAPI lengkap dan menyeluruh, dari Chapter 1 hingga 3, bukannya detail. PROPOSAL bertujuan melatih anda melihat secara comprehensive apa yang bakal anda lakukan kelak. PROPOSAL menjadi titik permulaan memaksa anda membaca dan meneliti secara menyeluruh idea,  teori, isu, method, analisis data berkaitan dengan kajian anda. PROPOSAL mengelakkan fenomena “a blind man and an elephant“. Begitulah pentingnya PROPOSAL ibarat:

Rumah Azizah di tanah datar,

Main futsal suka-sukaan;

Saya siswazah baru mendaftar,

PROPOSAL inilah sebagai permulaan.

 

 

Sumber : Dr. Othman Talib

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL