no comments

PROPOSAL BOLEH DIANGGAP SEBAGAI ILUSI?

PROPOSAL SECARA MUDAH BOLEH DIANGGAP SEBAGAI ILUSI?

Saya tulis bahawa proposal persis tiada nilai dan kali ini saya tambah lagi bahawa proposal hanyalah satu ilusi. Nak tahu kenapa?

Alasan 1: Proposal perlu details sebagai persiapan menulis thesis.

Alasan 2: Proposal perlukan criticism oleh SV, baik untuk menjalankan kajian.

Alasan 3: Proposal yang ringkas membahayakan pelajar kemudian hari.

Saya cuma musykil mengapa proposal perlu disiapkan dengan mendalam seolah-olah tiada sebarang kesalahan yang perlu wujud, hatta memakan masa sehingga 2 -3 tahun untuk disiapkan!

Saya juga musykil, mengapa proposal tidak boleh dianggap sebagai membina asas yang kukuh untuk kajian malah proposal boleh dibentangkan lebih dari sekali, sama juga seperti kajian rintis, yang kebanyakan pelajar malah SV menganggapnya hanya perlu dijalankan sekali sahaja, then everything is PERFECT!

Saya percaya, tiada sempadan yang jelas antara proposol dan thesis. Sebab itu saya berpendapat, proposal secara mudah boleh dianggap sebagai ILUSI sahaja kepada kajian dan tidak perlu TERLALU DETAIL sehingga bertahun-tahun baru boleh DEFENSE, dan perlu LULUS untuk meneruskan kajian dan mula menulis thesis.

Saya guna perkataan ILUSI kerana tiada sempadan yang jelas antara proposal dan thesis kerana menulis PROPOSAL dan THESIS adalah satu proses berterusan da berkesinambungan (dengan izin -guna bahasa canggih sikit)

Saya katakan ilusi kerana naskhah proposal anda yang tebal tersebut tidak akan dihargai lagi akhirnya, emmmm. Saya katakan proposal adalah ILUSI kerana akhirnya sedikit demi sedikit ilusi tersebut hilang dan muncul pula thesis yang menjadi tujuan utama anda melanjutkan pelajaran, dan pra-syarat untuk anda bergelar “Dr”. Jadi, tiada istilah LULUS proposal, sebab proposal bukannya satu ujian, ianya proses yang berterusan.

Jika ini difahami, kuranglah STRESS yang dihadapi pelajar, proposal boleh terus dikritik oleh SV dan komiti secara berterusan, tak payah tunggu sehingga betul: betul perrfecctt (sebab mana ada proposal research yang perrfecctt), Sebab tu defense proposal juga adalah proses berterusan hatta selepas selesai kajan dan menghantar thesis pun anda perlu defense.

Sumber : Dr. Othman Talib

 

 

 

 

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL