no comments

PRAKTIKKAN VIVA ANDA DENGAN PENUH YAKIN!!!

Terdapat beberapa strategi yang berkesan untuk dipraktikkan. Bercakap dengan penyelia adalah salah satu teknik yang didapati paling berguna, selain itu telah disenaraikan beberapa kemungkinan dan strategi di bawah ini. Ianya tidak eksklusif, tetapi mungkin boleh mencuba semuanya. “ Tidak mencuba maka tidak tahu hasilnya”. Berikut adalah beberapa strategi dan cara PRAKTIKKAN VIVA ANDA :

  • Bincangkan dengan penyelia anda rapat mengenai isu-isu yang anda rasa mungkin akan ditanya oleh pemeriksa anda semasa Viva. Ia merupakan strategi berkesan kerana anda selesa, disebabkan anda rapat denga penyelia kerana pernah bekerjasama dalam sesuatu kerja atau sebagainya. Melalui strategi baru ini ia akan memudahkan kerja anda, kerana mempunyai keyakinan berhadapan dengan pemeriksa dan satu hal lagi dapat menjangkakan soalan- soalan yang akan ditanya.
  • Bercakap kepada rakan sekerja yang telah berjaya melalui viva mereka dan meminta nasihat mereka.
  • Tanya rakan baik atau rakan sekerja untuk membaca satu bahagian tesis anda, atau mungkin satu bab tesis anda dan kemudian bertanya kepada anda tentangnya. Ini boleh membantu untuk memastikan tesis anda segar dalam fikiran anda semasa anda menunggu viva anda, tetapi tidak dapat dikekalkan kerana daya hafalan yang tidak kuat dan boleh diatasi dengan membuat nota.

Viva mock: diambil / dilatih sebagai persediaan sebelum peperiksaan rasmi.

Penyelia anda boleh membantu mengatur viva ‘Mock’. Satu lagi ahli kakitangan akademik akan membaca tesis anda bersama dengan penyelia anda, menjemput anda untuk mempertahankan kerja / tesisi anda kepada mereka. Mungkin dengan melalui cara ini masa terbaik ini adalah memperkuat tesis anda dalam sekitar 2 minggu sebelum tarikh yang dijadualkan untuk viva voce anda.

Peringatan!! Bahawa soalan-soalan yang akan ditanya mungkin tidak sama seperti yang anda perolehi dalam peperiksaan anda !! Di samping itu, viva mock hanyalah latihan yang akan ditanya oleh pemeriksa dan bukan soalan yang sebenar, tetapi sebagai peluang untuk menjadi persoalan yang selesa di bawah tekanan yang direka untuk anda menguji pengetahuan sendiri.

 

Allah yuftnah alaikum for you thesis present.

 

Sumber : https://www.sheffield.ac.uk/snm/research/guidance-on-preparing-for-your-viva

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL