no comments

PESANAN PADA BAKAL SUPERVISOR

PESANAN PADA BAKAL SUPERVISOR

Menjadi SUPERVISOR adalah satu tanggungjawab besar. Jasa SUPERVISOR dalam melahirkan penyelidik tidak boleh dinafikan malah proses ini adalah satu kesinambungan yang perlu diteruskan. Maka bakal-bakal SUPERVISOR perlukan bersedia untuk:

  1. Bina situasi yang menggalakkan supervisee bersuara, bertanya dan memberi pendapat. Buka ruang diskusi seluas-luasnya untuk mengetahui tahap kemampuan supervisee.
  2. Terus mempelajari kemahiran baru supaya bukan sahaja menjadi SUPERVISOR yang komited supaya tidak hanya selesa dengan skop kajian yang terlalu spesifik. Kuasai pendekatan kuantitatif, kualitatif, mixed-method, meta-analysis supaya menjadi SUPERVISOR yang versatil.
  3. Memberi bimbingan yang strategik yang melampaui sekadar menyebut “what to do…” tapi lebih kepada “how to do it” sebab supervisee boleh lakukan apa sahaja jika dibimbing dengan cara yang betul. Menyatakan “You should know how to do it” hanya selepas diberikan bimbingan. Dalam pencarian jurnal umpamanya, berkemungkinan supervisee tahu mencari artikel tetapi mungkin tidak secara sistematik, sensitif dan selektif.
  4. Memberi penjelasan dengan pendetailan sehingga difahami oleh supervisee bagi mengelakkan mereka membuat tafsiran yang salah seperti memberikan maklum balas yang jelas semasa menyemak tesis. Elakkan memberi hanya maklum balas “?” semasa menyemak tesis pelajar.
  5. Memberikan penerangan dan gambaran the whole picture kajian yang bakal dijalankan oleh supervisee kerana SUPERVISOR yang berpengalaman boleh menjangkakan halangan dan potensi kajian yang bakal dijalankan.
  6. Memupuk budaya penyelidikan kepada supervisee seperti memberi peluang membentangkan hasil kajian dalam konferens, seminar serta bersama-sama menyediakan artikel untuk diterbitkan dalam jurnal
  7. Jangan memandang rendah keupayaan supervisee sebelum mereka diberi ruang dan jalan untuk menunjukan kebolehan mereka. Banyak supervisee yang sangat berpengalaman dalam pelbagai industri sebelum menjadi supervisee dan telah pun berhadapan dengan dunia sebenar berbanding sebahagian SUPERVISOR.
  8. Elakkan dari menilai supervisee yang masih novis dengan piawaian berdasarkan pencapaian dan pengalaman sendiri. Seorang professor perlu menilai supervisee mengikut piawaian master atau PhD bukan piawaian seorang professor dengan puluhan tahun pengalaman.
  9. Mulakan komunikasi dengan komen yang konstruktif kerana anda mungkin berhadapan dengan supervisee yang memerlukan bimbingan anda untuk mengharungi dunia penyelidikan yang kompleks, sebagaimana anda ketika menjadi supervisee dahulu.
  10. Elakkan menunjuk pilih kasih kepada supervisee tertentu sehingga menimbulkan rasa tidak selesa kepada supervisee yang lain di bawah bimbingan anda.
  11. Bantulah supervisee secara proaktif dalam menjelaskan kekaburan yang dihadapi oleh supervisee dalam merangka proposal kajian atau membantu merungkai halangan yang muncul ketika proses supervisee menjalankan kajian.
  12. Bersikap tenang menghadapi kerenah supervisee dan bertindaklah sebagai seorang dewasa kerana supervisee mempunyai pelbagai latar belakang akademik, pengetahuan dan pengalaman.

Sumber : Dr Othman Talib

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL