no comments

PERKARA YANG PELAJAR PERLU ELAKKAN KETIKA DALAM PENGAJIAN PHD dari Norshahkang Shuaib

PhD adalah satu tahap pembelajaran yang cukup tinggi bagi sesetengah orang. Oleh sebab itu, apabila sudah mencapai ke tahap pembelajaran PhD, pelajar akan berusaha untuk mencapai kejayaan mereka. Tetapi, ada sesetengah yang berasa terlampau selesa dengan tahap itu dan leka. terdapat beberapa perkara yang pelajar perlu elakkan daripada melakukannya.

1) Menjadi terlalu teknikal

Menjadi teknikal atau robot kerana membuat buat PhD berdasarkan panduan/software tertentu yang bersifat ‘rigid’. Akibatnya menyusahkan diri sendiri. Contohnya tidak boleh buat kerja sehari sebab software Endnote (untuk referencing) rosak. Jadi sehari duduk sahaja sebab terlalu bergantung kepada Endnote. Padahal Endnote sekadar pemudah cara dan tanpa ia, kerja PhD masih boleh berjalan sebenarnya. Jangan bergantung kepada teknik atau software tertentu sahaja.

2) Lemah penguasaan asas komputer

Tak tahu perkara asas dalam software penting seperti Microsoft Word. Contohnya tak pernah tahu kewujudan page break dan navigation. Disebabkan kurang pengetahuan ia tidak dapat melancarkan urusan kerja kerana terpaksa dan perlu rujuk buku panduan. Merujuk buku panduan dengan kerap akan membuang masa dan membuatkan kerja menjadi kurang lancar.

3) Kosakata penulisan yang lemah

Ada idea nak menulis tetapi ayat tak mencapai kualiti seorang pelajar PhD. Salah satu sebab kerana pengetahuan kosakata berkenaan bidang kajian agak lemah. Oleh itu, haruslah wujudkan satu kamus untuk catat kosakata penting dalam bidang kajian. Kosakata ini adalah perkataan yang selalu digunakan dalam bidang tersebut. Anda juga boleh juga catat ayat-ayat yang ‘cantik’ untuk dirujuk semasa proses penulisan.

 

4) Takut mendapat feedback tentang penulisan

Satu perkara yang paling ditakuti oleh pelajar PhD adalah apabila orang mengkritik. Memang itu sesuatu yang normal. Malangnya, ketakutan ini mematikan semangat untuk menulis. Dengan menganggap diri seorang yang tak pandai menulis merupakan salah satu proses dalam belajar menulis tesis.

 

5) Terlalu berharap kepada supervisor

Ada pelajar yang hanya mengharapkan idea dari supervisor. Harus diingat, pelajar PhD ibarat pintu maklumat kepada supervisor. Anda yang melaporkan apa yang anda dapat dan supervisor hanya akan memberikan panduan/nasihat. Kalau anda asyik tanya supervisor ‘lepas ni nak buat apa’, dia pun pening. Oleh itu, setiap kali jumpa supervisor, laporkan perkara baru (keputusan eksperimen, bacaan) supaya dia boleh beri cadangan ke mana hala tuju kajian. Ringkaskan maklumat dan letak dalam Powerpoint – mudah untuk supervisor baca dan fahami. Jangan bawa kertas jurnal berjela-jela nanti dia tengok, dia pun pening.

6) Kurang membaca hal-hal umum

Pelajar memang banyak membaca jurnal, tapi kurang membaca hal umum berkenaan topik kajian. Contoh jika kajian berkenaan dengan tenaga solar – pelajar tidak tahu apa perkembangan terbaru mengenai tenaga solar di dunia. Hal ini akan menjadi masalah apabila anda menghadapi viva atau ke conference. Oleh itu, ketika sedang berehat / bosan, cuba ke Google dan taip nama kajian anda (contoh: solar energy) dan baca berita/blog/wikipedia untuk menambah kefahaman secara umum. Harus diingat kadang-kala di conference, ada orang yang tak faham langsung bidang anda. Anda harus tahu bagaimana untuk bercerita kajian anda secara umum dan menggunakan maklumat-maklumat terkini. Harus diingat juga, bacaan umum ini bukan untuk cite dalam thesis, tapi sekadar untuk kefahaman.

7) Tidak faham kajian sendiri dalam skop yang lebih besar

Apabila terlalu lama buat research, lupa kepentingan kajian dalam skop yang lebih besar. Contohnya buat kajian dalam composite materials. Tapi bila examiner tanya, apa kepentingan kajian awak kepada dunia – terus pening. Sebabnya, tak lihat kajian dalam konteks yang lebih besar. Untuk mengelakkan perkara itu terjadi, pastikan problem statement atau background jelas – kenapa nak buat kajian, apa masalah yang nak dikaji, kenapa penting dan sebagainya. Contohnya nak buat berkenaan carbon fibre composites kerana material ini banyak digunakan dalam kapal terbang menggantikan aluminium. Bila anda ada pendirian tegas, examiner akan lebih yakin.

 

Sumber : Norshahkang Shuaib

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL