no comments

Peringkat Kajian Sistematik

Kajian sistematik adalah satu kaedah / proses / protokol di mana beberapa kajian lepas digabung, dikaji semula dan dinilai menggunakan teknik pra-spesifik dan standard. Dengan kata lain, untuk mengurangkan berat sebelah (bias), rasional, hipotesis, dan kaedah pengumpulan data disediakan sebelum semakan dan digunakan sebagai panduan untuk melaksanakan proses tersebut. Sama seperti kajian literatur tradisional, matlamatnya adalah untuk mengenal pasti, menilai secara kritikal, dan merumuskan bukti yang ada mengenai permasalahan kajian yang telah ditetapkan.

Kajian sistematik membenarkan pengkaji untuk meneliti penemuan yang bertentangan dan / atau bertepatan, serta mengenal pasti tema yang memerlukan siasatan lanjut. Di samping itu, kajian ini juga adalah untuk  menilai konsistensi dan generalisasi bukti mengenai soalan-soalan saintifik tertentu. Kaedah ini amat berguna untuk mengintegrasikan maklumat beberapa kajian yang mengkaji fenomena yang sama dan ia biasanya menumpukan pada soalan empirikal yang sangat spesifik, seperti “Adakah intervensi Terapi Rasional Emotive memberi manfaat kepada kesejahteraan pesakit yang didiagnosis dengan kemurungan?”.

Kajian sistematik merangkumi ciri-ciri berikut:

  1. Objektif yang dijadikan sebagai keutamaan dalam kajian;
  2. Kriteria yang telah ditetapkan untuk dimasukkan / dikecualikan daripada kajian;
  3. Strategi carian yang telah ditetapkan dalam pengumpulan maklumat;
  4. Ciri-ciri kriteria yang telah ditetapkan digunakan untuk semua sumber dan jelas dibentangkan dalam kajian;
  5. Penilaian sistematik terhadap kualiti kajian lepas yang dimasukkan dalam kajian anda;
  6. Pengenalpastian sumber-sumber kajian lepas dan justifikasi untuk mengecualikannya;
  7. Analisis / sintesis maklumat (contohnya, perbandingan hasil, sintesis kualitatif hasil, meta-analisis);
  8. Rujukan kepada ketidaksepadanan dan kesilapan yang terdapat dalam bahan yang dipilih.

Proses melaksanakan kajian sistematik terdiri daripada beberapa peringkat dan dapat dilaporkan dalam bentuk artikel penyelidikan asli.

Peringkat 1: Nyatakan objektif

Peringkat 2: Nyatakan metodologi

Peringkat 3: Dapatkan kajian yang berkaitan

Peringkat 4: Menilai kualiti kajian-kajian lepas

Peringkat 5: Kenal pasti maklumat dan bentangkan penemuan

Peringkat 6: Membuat sisntesis keputusan yang diperoleh

 

Sumber: blog.efpsa.org

 

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL