no comments

Peringatan untuk Anda ketahui Sebelum Menghantar Manuskrip Tesis Anda Kepada ‘SUPERVISOR’.

Berikut adalah  peringatan untuk anda ketahui sebelum menghantar manuskrip tesis anda kepada SUPERVISOR.

  1. Pastikan tiada kesalahan ejaan, salah spacing, penomboran yang tidak berurutan dan lain-lain kesalahan menaip. Kesemua kesalahan ini adalah petunjuk anda tidak berhati-hati dalam membuat penulisan ilmiah. Situasi ini hanya menjatuhkan imej diri anda di mata SUPERVISOR dan pembaca tesis anda.
  2. Pastikan anda merujuk kepada sumber primer yang terdiri dari artikel yang di indeks ataupun yang mempunyai Impact Factor dalam bidang kajian anda. Jika anda dalam bidang Pendidikan Sains contohnya, jurnal seperti Science Education, International Journal of Science Education, Learning and Insruction adalah antara jurnal tersohor yang “wajib” ada dalam senarai rujukan tesis anda.
  3. Pastikan semua pernyataan yang dipetik dari artikel mempunyai citation yang ditulis mengikut format yang betul
  4. Bukan sahaja artikel, nama-nama penyelidik utama dalam bidang kajian anda juga dirujuk hasil kerja dan kajian mereka. Jika anda membuat kajian dalam teori pembelajaran multimedia, nama-nama penyelidik seperti Sweller, Mayer, Moreno perlu dikupas dengan kritis.
  5. Elakkan menulis pernyataan yang ekstrem atau generalisasi yang tidak wajar seperti “Tiada lagi kajian dibuat….”, “Pada hakikatnya kajian ini…”, “Dapatan kajian jelas membuktikan…..” dan seumpamanya.
  6. Ayat dalam perenggan anda banyak yang bermula dengan “According to….” diikuti dengan ayat lain “… while X mentioned….” ditutupi dengan satu ayat lagi…. “ theferore Y argued….” yang semuanya hanya SATU ayat setiap SATU author sahaja tanpa sebarang kupasan dan sintesis lanjut kaitannya dengn kajian-kajian lain yang relevan.
  7. Perhatikan tiada penulisan anda dengan tanda-tanda kecenderungan dan bias seperti “teori ini adalah yang terbaik….”, “model ini berkesan dalam….” atau “dapatan kajian akan merungkai semua masalah….”. Anda perlu bersikap neutral dalam penulisan anda.

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL