no comments

PERBANDINGAN ANALISIS PEMODELAN DENGAN PENGANGGARAN ML DAN PLS

Tafsiran sesuatu lintasan dalam model struktur bukan sahaja bergantung kepada tahap kesignifikanannya sahaja malah juga bergantung kepada tahap praktikaliti sesuatu nilai atau pekali regresi dalam Model kecemerlangan prestasi IPT bersandarkan nilai teras. Berdasarkan keputusan analisis pemodelan ML dan PLS, Jadual 4 memaparkan tahap kesignifikanan berserta praktikaliti pekali regresi masing-masing dengan perbandingan antara dua kaedah penganggaran ML dan PLS. Menurut Fornell dan Bookstein (1982), kedua-dua kaedah ini menghasilkan keputusan yang sama tertakluk kepada spesifikasi model tertentu. Namun, amnya kedua-dua kaedah ini juga berbeza kerana tujuan dan objektifnya yang masing-masing adalah unik.

 

Mengikut tafsiran, kedua-dua kaedah penganggaran memberikan hasil analisis yang hampir sama. Kaedah penganggaran PLS dapat mengesan tahap kesignifikanan dalam hampir kesemua lintasan dalam Model kecemerlangan prestasi IPT bersandarkan nilai teras berkenaan. Seperti yang diketahui, bagi sesuatu lintasan yang signifikan, tidak semestinya turut memberikan pemberat yang praktikal terhadap hubungan antara konstruk-konstruk yang diuji. Oleh yang demikian, penyelidik mengambil kira untuk tidak memasukkan lintasan berkenaan untuk paparan cadangan model akhir. Dengan itu, penyelidik memetakan hasil analisis ini bagi mencadangkan model akhir yang sepadan dengan kedua-dua kaedah penganggaran yang digunakan. Lintasan-lintasan yang digugurkan adalah yang bertanda (*). Oleh yang demikian, model akhir yang
dicadangkan adalah sesuai dengan persekitaran IPT yang terlibat dalam kajian ini setelah pekali regresi yang tidak signifikan dan wajaran yang tidak praktikal digugurkan.

Sumber : Mohd  Rashid

 

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL