no comments

PERANAN TEORI DALAM PEMODELAN PERSAMAAN BERSTRUKTUR ( SEM )

     Sesuatu penyelidikan bermula dengan penyelidik membina model teoritikal berdasarkan sokongan teori. Setiap hubungkait yang dibina konstruk disokong oleh kajian literatur. Penyelidik kemudiannya membina model pengukuran untuk setiap konstruk dengan menggunakan item atau instrumen dalam soal selidik. Penyelidik samaada mengambil instrumen dari literatur dan mengubahsuai ( adapt and modify ) kepada kajian semasa, atau menerima pakai ( adopt ) instrumen sedia ada yang telah dibina oleh penyelidik terdahulu. Instrumen yang diubahsuai pernyataan item, atau terdapat item yang ditambah, atau instrumen itu diterjemahkan kepada bahasa lain perlu menjalani prosedur ” pretest ” dan ” pilot test “. Prosedur ” pretest ” perlu untuk menentukan kesahan kandugan ( content validity ), kesahan muka ( face validity ) dan kesahan skala pengukuran ( measurement validity).

Prosedur ” pilot test ” pila perlu untuk menilai pemberat faktor setiap item, meneliti komponen – komponen yang terbentuk daripada kombinasi item yang dibina dan juga untuk menilai kebolehpercayaan dalaman ( internal reliabity ) instrumen tersebut. Prosedur yang terlibat di peringkat ini adalah Analisis Penerokaan Faktor ( Exploratory Factor Analysis atau EFA ) menggunakan data dari “pilot test”. Seterusnya penyelidik menjalankan kajian lapangan ( field study ) untuk mengumpul data kajian sebenar.

Setelah dua lapangan didapati prosedur seterusnya ialah Analisis Pengesahan Faktor  ( Confirmatory Factor Analysis, CFA ) untuk menilai kesahan dan kebolehpercayaan konstruk. Setelah selesai CFA, penyeldik akan menjalankan prosedur terakhir iaitu Pemodelan Persamaan Berstruktur ( Structural Equation Modelling, SEM ). Di dalam prosedur CFA, penyelidik meneliti pemberat faktor ( factor loading ) setiap item dan indeks – indeks kesepadanan ( fitness indexes ) untuk konstruk tersebut. Item yang mempunyai nilai pemberat faktor rendah ( kurang daripada 0.6 ) akan menyebabkan indeks kesepadanan tidak dicapai kerana item berkenan tidak menyumbang kepada konstruk. Maka item ini perlu disingkirkan dari model pengukuran. Selepas penyingkiran, prosedur CFA ditentukan semula – sehingga indeks kesepadanan akan dapat dicapai.

Sekiranya kesemua item yang mempunyai nilai pemberat faktor rendah telah disingkirkan tetapi indeks kesepadanan masih tidak dicapai, maka penyelidik perlu mendapatkan Indeks Pengubahsuaian ( Modification Indices, MI ). MI akan menunjukkan dua item yang berulang ( redundant ) atau pernyataan yang mempunyai maksud yang sama dari perspektif responden. Penyelidik perlu menyelesaikan masalah ini ( redundancy ) supaya indeks kesepadanan dapat dicapai.

SUMBER : Zainudin Awang.

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL