no comments

Penyelidikan Kualitatif

Definisi Penyelidikan Kualitatif 

Penyelidikan Kualitatif merupakan suatu kajian ke atas sesuatu situasi dan individu untuk mendapatkan maklumat secara terperinci serta mendalam. Penyelidikan ini menerangkan proses, langkah dan sebab sesuatu perkara berlaku. Pertama, dari segi pengutipan data dan penjanaan teori, kajian kualitatif banyak menggunakan kaedah interaksi, bersemuka dengan subjek kajian, dan pendekatan induktif untuk menjana teori. Kedua,  ia merupakan kajian secara induktif iaitu penyelidik membina konsep, hipotesis dan teori untuk di kembangkan, dinyatakan dan dijelaskan. Ketiga, kutipan data dijalankan secara berterusan.

 

Definisi Penyelidikan Kualitatif

Penyelidikan kualitatif melibatkan kepelbagaian kaedah secara terfokus, termasuk penggunaan pendekatan naturalistik (semula jadi) untuk menyelidik sesuatu subjek (Denzin dan Lincoln, 1994).

Penyelidikan kualitatif sebagai proses inkuiri ke arah pemahaman yang didasari kaedah pengumpulan data yang lazim digunakan apabila meninjau sesuatu permasalahan sosial (Cresswell ,1994)

 

Asas Penyelidikan Kualitatif 

Peserta kajian -Penyelidik adalah sebahagian daripada peserta kajian. Maklumat kajian diperoleh secara langsung daripada peserta kajian.

Bentuk data –Data berbentuk perkataan atau ayat yang dikumpul melalui temubual atau direkod dalam bentuk gambar atau video.

Rekabentuk kajian -Rekabentuk bersifat fleksibel, boleh diubahsuai mengikut keadaan dan keperluan situasi.

Metodologi kajian -Saiz sampel kecil dan dipilih secara bertujuan dan tidak berasaskan kebarangkalian.

Instrumen kajian -Penyelidik adalah instrumen utama memungut data. Penyelidik perlu berada dalam situasi yang dikaji, mendengar dan memerhati sendiri fenomena yang ingin dikaji.

 

Ciri- ciri Penyelidikan Kualitatif

1.Tujuan –Pemahaman

  • berfokus kepada makna, konsep, takrifan, ciri-ciri, metafora, simbol dan huraian tentang sesuatu objek, konsep atau situasi.
  • Penyelidik berminat untuk memahami cara pembinaan makna serta cara manusia memahami kehidupan, pengalaman, dan struktur kehidupan mereka.

2.Realiti –Dinamik

  • Kefahaman berhubung realiti yang sentiasa berubah. Ianya juga bukan sesuatu yang statik.

3.Pandangan –Orang dalam

  • Menyelidik dari sudut pandangan peserta dan bagaimana peserta mentafsir pengalaman.
  1. Nilai –Batasan Nilai
  • Nilai dan kepercayaan peserta serta penyelidik memberi impak kepada data dan nilai perlu difahami dan diambil kira.
  1. Fokus –Holistik
  • Maklumat yang diperolehi mendalam dan menyeluruh disebabkan oleh kepelbagaian kaedah pengumpulan data.
  1. Orientasi –Penemuan
  • Pengumpulan data bersifat induktif dan teori diperolehi melalui analisis maklumat.
  1. Data –Subjektif
  • Membolehkan kita menyelidik konsep-konsep yang kehilangan intipati jika pendekatan penyelidikan lain digunakan. Konsep seperti kebebasan, kebahagiaan dsbnya boleh diselidik melalui takrifan dan pengalaman.
  1. Instrumen –Manusia
  • Penyelidik itu sendiri merupakan instrumen utama pengumpulan dan penganalisisan data. Data diperolehi melalui instrumen berupa manusia. Penyelidik perlu menilai serta mentafsir kepada perbuatan, perkataan dan pengalaman.

 

Sumber: academia.edu

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL