no comments

Penulisan Tesis Master / Phd

Tesis adalah satu manuskrip ilmiah yang mempunyai pendekatan penulisan yang tersendiri, berbeza dari penulisan kepada akhbar mahupun majalah untuk bacaan umum. Penulisan ilmiah adalah penulisan formal yang perlu dipertanggungjawabkan. Setiap pandangan perlu disokong dengan fakta serta bukti yang juga berbentuk ilmiah.  Kesemua ini ditulis dalam satu format yang khusus, bermula dari abstrak sehinggalah kepada kesimpulan dan bibliografi. Tesis peringkat kedoktoran (berbanding dengan tesis sarjana) lebih mendalam dan dapatan  penyelidikannya mestilah menghasilkan “sesuatu” yang original dalam bentuk teori, konsep, model, modul, prosidur mahupun produk.  Tesis diperingkat sarjana boleh berupa kajian replikasi dengan modifikasi seperti variable baru, sampel lain atau treatment yang berbeza.

Supervisor? Supervisor memanglah ada. Tapi tak semestinya supervisor mengajar aspek-aspek teknikal dan mekanikal penulisan tesis atau menjalankan kajian. Jika ada pon cuma menambahkan dan memperbetulkan apa yang salah. Hanya untuk mengemaskan ayat tesis tersebut.

Tesis juga melibatkan proses yang detail. Pencarian tajuk kajian pun sudah cukup memberi satu cabaran yang besar. Ada sesetengah mendapat tajuk yang tidak pernah ada kaitan dengan pengalamannya. Pencarian tajuk pula perlu disekalikan dengan pencarian gap dan problem statement. Maka makin bercelarulah apa yang hendak ditulis, dipetik dan dihuraikan. Pemilihan teori, variable, construct, dimensi, instrumen dan lain-lain lagi.

Harapnya supaya calon=calon Master dan PhD merakam segala pengajaran dan kemahiran yang dapat diperolehi. Salurkan dengan penuh hikmah kepada bakal-bakal calon yang mendatang dan supaya akhirnya terhasillah researcher yang fokus dalam penulisan tesis dan penyelidikan, bukannya tersasar ke sana sini sebelum menemui destinasi.

SEMOGA BERJAYA KEPADA SEMUA CALON MASTER / PHD!!

Sumber : Dr Othman Talib

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL