no comments

Penulisan kritis

Sebagai contoh anda membuat kajian tentang pembinaan bahan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran sains yang sangat bergantung kepada perisian PowerPoint. Tulis sorotan literatur secara kritis bagi menyokong kajian anda yang ingin memasukkan elemen psikologi seperti stail belajar dalam pembinaan bahan multimedia. Ini contoh dummy yang ringkas sahaja:

Persembahan bahan multimedia menggunakan aplikasi perisian PowerPoint dalam pengajaran dan pembelajaran sains telah banyak dipersoal keberkesannnya. Penyelidik terdahulu (seperti Ann, 1996; Bill, 2003; Colt, 2007 & Dewey, 2010) telah mengaitkan pembinaan bahan multimedia dengan persembahan PowerPoint kerana aplikasinya yang mudah, bukannya dari aspek keberkesanannya mengikut keperluan pelajar.

Sebelum ini, banyak kajian melibatkan aspek psikologi pelajar seperti stail belajar dijalankan setakat memenuhi keperluan untuk membina profil pelajar (Gill, 1999; Hush, 2011 & Jill, 2000). Dapatan dari kajian sebegini perlu dikembangkan dengan menerapkan pula aspek stail belajar tersebut dalam pembinaan bahan multimedia berasaskan teori pembelajaran multimedia Mayer (2000, 2002). Keperluan menerapkan aspek psikologi ini telah ditekankan oleh Mayer (2012) apabila mencadangkan perlunya bahan multimedia dihasilkan berciri interaktif supaya pelajar dari pelbagai stail belajar boleh memahami bahan multimedia mengikut stail belajar masing-masing.

Sumber : DR. OTHMAN TALIB

Dari Team MPWS

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL