no comments

PENULISAN ARTIKEL BERBENTUK SYSTEMATIC REVIEW

Ada banyak ruang untuk diteroka Malaysian scholars dalam konteks penulisan berbentuk systematic review. Namun, tidak banyak artikel berbentuk ini ditulis oleh local scholars. Salah satu tujuan utama systematic review adalah untuk mengenalpasti pattern dalam kajian yang telah dilaksanakan dan mencadangkan kepada kajian akan datang tentang apa lagi yang perlu dijalankan dalam bidang.

Ada beberapa kelebihan utama systematic review. Satunya, untuk kenalpasti jurang. Oleh kerana ia mengenalpasti corak kajian lepas dan mencadangkan apa lagi yang perlu dilakukan oleh penyelidik, maka ia sangat membantu dalam mengenalpasti jurang kajian. Keduanya, sekiranya penyelidik ingin mencari sumber/artikel yang berkaitan dengan kajian mereka secara pukal, maka carilah artikel systematic review dan rujuk kepada bahagian jadual penemuan kajian (table of findings).

Systematic review sesuai ditulis oleh semua, tanpa mengira bidang pengajian. Sebenarnya, sudah banyak artikel berbentuk systematic review yang diterbitkan di Scopus/Web of Science, jadi persepsi bahawa artikel tanpa data sukar diterbitkan di jurnal berindeks, adalah kurang benar.

Systematic review tidak bersandarkan kepada data penyelidikan utama (main data). Ia hanya bersandarkan literatur kajian lepas. Ini bermakna, pensyarah dengan atau tanpa geran penyelidikan sudah boleh mula menulis artikel.

Untuk pelajar, mereka boleh digalakkan untuk menulis systematic review selepas selesai penulisan Bab 2. Apabila mereka sudah mahir menulis literature review. Manakala untuk researcher/lecturer, anda tidak mempunyai masalah untuk memulakannya pada bila-bila masa.

Systematic review bukan concept paper (traditional review). Systematic review menjawab persoalan yang selalu dibangkitkan di dalam concept paper – Adakah anda yakin bahawa anda telah melakukan usaha lebih untuk melaksanakan kajian literatur?

Systematic review secara asasnya adalah penulisan literatur, namun ditunjangi metodologi pencarian sumber yang rapi. Metodologi bahagian systematic literature review kebiasaannya mempunyai empat bahagian utama iaitu Resources, Inclusion and Exclusion Criteria, Eligibility dan Analysis.

Systematic review juga ditunjangi oleh Reporting Items.  Antara yang popular adalah PRISMA (Preferred Reporting Items for Systematic reviews and Meta-Analyses).

Anda perlu mahir melakukan search string. Mahirkan diri anda dengan frasa carian, truncation dan wildcard function. Di universiti, pustakawan mungkin mahir dalam membentuk search string yang bersesuaian untuk anda. Yang penting, anda sudah kenalpasti kata kunci (keywords) yang ingin digunakan.

Gambarajah alirah (Flow diagram) adalah diwajibkan dalam systematic review oleh kerana ia akan memudahkan pemahaman si pembaca bagi proses pemilihan artikel.

Untuk menulis systematic review dan berniat untuk menghantar ke scopus atau web of science, sekurang-kurangnya anda perlu melakukan usaha pencarian dalam dua sumber iaitu Scopus dan Web of Science.

Sumber: suhaizadsan.wordpress.com

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL