no comments

Pentingnya Sampling Frame

Pentingnya Sampling Frame

Saya listkan 4 kepentingan sampling frame:

Pertama : List yang diperolehi dari sumber untuk membentuk sampling frame, membolehkan anda apply apa sahaja randomise sampling technique yang sesuai, dari sistematic, cluster, sehinggalah simple random. Ini menambahkan “power” kepada data yang anda perolehi kerana aaaaanda boleh membuat generalisasi kerana sifatrandom sample anda.

Kedua : Anda dapat pastikan mereka tu adalah responden yang “genuine” dan kaya dengan maklumat yang anda perlukan.

Ketiga : Betapa kajian yang baik, objective yang mantap, tetapi hancuss kerana kelemahan mendapatkan sample yang appropriate dan mencukupi, sehingga dapatan diragui.

Keempat : Jimat masa siang dan malam anda, jimat tenaga zahir dan batin anda, dan mengurangkan budget elaun dan poket anda serta akhirnya mengurangkan kepeningan dan kegelisahan jiwa dan raga anda.

Saya timbulkan isu ini sebagai peringatan supaya seboleh-bolehnya lakukan kajian, APA SAHAJA kajian pun, yang mempunyai sampling frame. Ada kalanya, pelajar mengambil masa berbulan-bulan untuk kumpulkan data, jadi dengan adanya sampling frame yang jelas dan lengkap (nama, alamat, handphone, email dan lain-lain) akan memendekkan waktu pengumpulan data. Jangan sampai merungut bila sampai masa untuk mendapatkan data, sebab anda tak tercapai responden yang diperlukan.

Sumber : Dr Othman Talib

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL