no comments

Penjelasan Rasch Model

RM adalah analisis yang menjadikan jumlah skor merentas item sebagai satu parameter bagi  mencirikan responden bagi setiap kategori item. Parameter bagi item ini dpanggil satu threshold (the level that must be reached for an effect to be produced). Maksudnya skor dua kategori 0,1 seperti gagal atau lulus mempunyai satu threshold katakan pengetahuan tentang sesuatu fakta yang ditanya dalam item tersebut yang membezakan respon samada gagal atau lulus. Jika tiga kategori (0,1,2) pula mempunyai dua threshold dan seterusnya. Dalam pengukuran sains sosial, konstruk yang diukur adalah suatu pengalaman bersifat continuous tetapi bila anda cuba mengkelaskannya (setuju, sangat setuju, tidak setuju dsb) ia menjadi diskret. Konstruk wujud dalam individu seperti kecewa, gembira, berpengetahuan dll yang tidak boleh di ukur secara terus (spt anda mengukur variable tinggi dan berat badan anda). Namun anda boleh mengukur variable tingkahlaku yang berkaitan dengan konstruk tersebut dengan menyediakan item yang standard seperti 0 = gagal, 1= lulus. Jumlah skor yang diperolehi individu merentas item boleh ditukar kepada ukuran linear keupayaan individu dengan kesukaran item.

Skor yang berterusan (gagal ke lulus) ditukar dengan skor diskret (gagal atau lulus) Konstruk sesuatu instrument adalah focus kajian yang ingin diukur. Bagi item yang menguji konstruk pencapaian pelajar, item yang dibina selalunya berdasarkan Jadual Spesifikasi Ujian, sama ada item tersebut menguji dimensi peringkat ingatan fakta, pemahanan, analisis dsb (ingat Taxonomi Bloom ?). Mendapatkan konstruk yang betul akan membawa kepada analisis dan penilaian yang betul. Akhirnya akan membawa kepada membuat keputusan yang juga betul.

Ini penting dalam membuat instrumentseperti menilai prestasi individu. Bagi menghasilkan konstruk, anda perlu menentukan variable yang ingin dikaji, dari literature review dan kajian lepas. Kemudian anda kena tentukan definisi operasi. Namun anda masih perlu dapatkan komen pakar bagi meningkatkan validity kajian instrument anda. Melaksanakan kajian deskriptif dan korelasi yang umumnya dijalankan diperingkat master tidak memberikan banyak makna kepada dapatan dalam mengkaji sikap manusia. Bacaan kofisien korelasi sebenarnya bukan lah satu pengukuran, ia hanya perkaitan yang bersifat superficial (luaran) sahaja.

Dapatan skala Likert misalnya 1,2,3,4,5 adalah data ordinal mentah yang masih perlu diproses kerana sifatnya sebagai data ordinal bukan interval, wpun ada penyelidik menukarkan status tersebut. Data ordinal yang bersifat kategori tidak mempunyai selang yang tetap sebagaimana data interval. Masalah ini telah diselesaikan oleh Rasch Model. Katakan anda mengukur persetujuan dengan mengadakan ujian ulangan (focus kajian anda) kepada pelajar tingkatan empat  berikutan  dengan prestasi pelajar yang tidak berapa baik. Apabila anda bertanya seorang pelajar, kebarangkalian (kb) adalah 0.5 (iaitu 50:50) untuk pelajar tersebut bersetuju kerana terdapat 0.5 lagi dia berkata tidak setuju. Jika ditanya kepada 10 pelajar,  kb mungkin 0.5 juga (10 setuju: 10 tidak setuju) atau 50:50, atau 0.9 (9 bersetuju: 1 tidak bersetuju) atau 9:1. Beginilah asasnya RM menukar skala ordinal kepada skala kb atau nisbah bagi tujuan pengukuran kerana sifatnya seperti data interval.

Sumber: Dr Hayrol Azril

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL