no comments

PENENTUAN SAIZ SAMPEL

Mengikut Central Limit Theorem, saiz sampel bagi setiap kumpulan atau kategori perlu mencapai sekurang-kurangnya bilangan n=30. Angka ini selalunya dikaitkan dengan bilangan saiz sampel bagi satu-satu kategori untuk dikaji, seperti saiz sampel dalam kumpulan eksperimen dan kawalan dalam kajian eksperimen atau quasi eksperimen. Ini bermakna jika n<30, set data dalam satu-satu kumpulan dibimbangi tidak tertabur secara normal.

Bagi memudahkan pemahaman, semakin kecil sampel, semakin sukar untuk mendapat taburan normal maka dicadangkan bilangan 30 ini sebagai saiz sampel sandaran. Namun, apapun bilangan sampel dalam satu-satu kategori samada 20, 25, 30 mahupun 40, kesemuanya perlu diuji dengan ujian kenormalan. Terdapat kes bilangan sampel adalah normal berbanding dengan  bilangan sampel 35. Jadi, ujian kenormalan mestilah dilakukan terlebih dahulu untuk memastikan saiz sampel tersebut tertabur menghampiri ciri normal. Sampel untuk kajian berciri eksperimen tidak boleh terlalu besar, sebab itu angka n=30 selalunya menjadi sandaran, supaya sampel anda tidak terlalu besar sehingga sukar dikawal dari terdedah kepada pemboleh ubah luaran yang boleh mencemarkan dapatan kajian.

Jika anda melakukan kajian tinjauan (survey) dengan mengedarkan kaji selidik, anda tidak mengawal sampel anda, malah amda mungkin tidak bersemuka dengan sampel anda. Dalam kajian tinjuan, anda boleh menggunakan jadual saiz sampel minima seperti jadual Krejcie dan Morgan (1970) atau Cohen (1988).

Jadual Krejic dan Morgan (1970) menggunakan aras keyakinan dalam pengiraan saiz sampel. Jika populasi anda N=30 maka anda memerlukan n=28. Jika populasi anda N=500, maka sampel anda n=217. Sementara itu,jadual Cohen (1988) berasaskan statistical power dan effect size (ES) , katakana anda membuat kajian eksperimen dengan tetapkan kesan saiz yang katakan bernilai d=.7 berdasarkan kajian lepas, dengan ‘power’ adalah 80%, maka sampel anda adalah sebanyak 33 orang bagi setiap kumpulan. Ini bermakna, kajian eksperimen memerlukan anda menganggar nilai ES sebelum kajian bermula. Jika anda yakin dapat mengumpul lebih ramai sampel, anggarkan sahaja ES yang lebih sederhana, katakana 0.6, maka sampel anda bagi satu kumpulan adalah 45.

Jadi, mna satu anda ingin gunakan? Jika anda tahu bilangan populasi, anda boleh menggunakan jadual Krejcie dan Morgan (1970). Jika anda boleh menganggar ES dari kajian lepas, gunakan sahaja jadual Cohen (1988). Selalunya bilangan sampel yang diperolehi tidak banyak berbeza, namun anda perlu dapatkan sampel yang melebihi sampel minima yang dicadangkan oleh jadual-jadual tersebut bagi memastikan anda tidak menghadapi masalah kelak.

Ada penyelidik yang berpendapat, tidak sesuai guna misalnya jadual Krejcie dan Morgan (1970) kerana kononnya sudah lama. Ini bukan soal lama atau baru seba konsep statistik tidak tertakluk kepada lama atau baru, asalkan konsep yang digunakan bersesuaian dengan keperluan. Ketahuilah bahawa konsep analisis statistik jauh lebih lama, misalnya ujian-t diperkenalkan ole Gosset pada tahun 1908. Jadi, fahami ciri kajian anda dan pilihlah mana-mana cara penentuan sampel yang sesuai, bukan kerana lama atau barunya.

 

Sumber : Othman Talib

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL