no comments

Penentuan jurnal

Menerbitkan artikel telah menjadi satu keperluan dalam dunia akademik, malah menerbitkan artikel juga telah lama menjadi satu pra-syarat untuk kenaikkan pangkat bagi anda yang berada dalam dunia akademik khususnya di IPTA / IPTS. Ramai pensyarah baru di IPTA / IPTS yang memasuki dunia akademik tidak mempunyai pengetahuan dan pengalaman bagaimana untuk menerbitkan artikel dalam sesuatu jurnal. Walau bagaimanapun, sebagai sarjana tentunya mereka telah mempunyai pengetahuan dalam bidang pengkhususan anda masing-masing untuk memulakan penulisan artikel kajian anda.

Persoalan timbul.

  • Apakah yang ingin ditulis?
  • Adakah terdapat data yang diperlukan untuk penulisan?
  • Adakah dapatan tersebut novel dan signifikan?
  • Adakah dapatan ini menarik minat pembaca dan editor jurnal untuk diterbitkan?
  • Kemanakah artikel ingin dihantar untuk diterbitkan?
  • Bagaimana proses penulisan dan format artikel yang diperlukan?
  • Adalah fokus artikel sama seperti fokus jurnal?
  • Apakah format rujukan yang diperlukan?
  • Adakah dikenakan bayaran untuk penerbitan?
  • Adakah artikel diterbitkan secara atas talian?
  • Berapakan kedudukan IF atau kuartil yang sesuai?
  • Berapa lamakah (turnaround time) diperlukan untuk penerbitan?
  • Berapakah bilangan siri penerbitan setahun?
  • Berapa bilangan perkataan yang diperlukan?

Rajah 1 berikut adalah informasi masa penerbitan (turnaround time) bagi beberapa jurnal yang dipetik dari laman web http://www.reviewmyreview.eu sebagai satu contoh.

Walaupun sukar menentukan ‘turnaround time’ ini, tetapi anda masih boleh berfikir dengan cara begini. Jurnal atas talian lebih cepat diterbitkan berbanding dengan jurnal dalam bentuk salinan keras (hardcopy). Jurnal yang mempunyai lebih dari satu penerbitan (lebih dari satu isu) tentunya akan mempunyai masa memproses yang lebih cepat. Langkah yang terakhir adalah bertanyakan kepada rakan yang berpengalaman dan sering menghantar jurnal atau boleh sahaja menghantar emel kepada editor jurnal bertanyakan anggaran ‘turnaround time’.

Contoh

Ada beberapa perkara yang perlu difikirkan terlebih dahulu bagi menentukan jurnal yang sesuai dengan artikel yang akan ditulis supaya bukan sahaja berjaya diterbitkan tetapi juga sampai kepada sasaran pembaca yang sepatutnya. Jadi anda hendaklah mengenalpasti tujuan dan skop artikel yang ditulis. Tujuan dan skop ini mestilah sama seperti tujuan dan skop jurnal yang ingin diterbitkan. Jika anda tiada pengalaman, anda boleh lakukan perkara berikut berdasarkan tajuk kajian anda serta abstrak yang anda ada samada dari manuskrip tesis atau laporan projek penyelidikan anda. Katakan anda ada abstrak seperti berikut dengan tajuk ‘Understanding the Wonders of Science Through Creative Play’.

Understanding the Wonders of Science through Creative Play

Abstract

An interest in the scientific world can be developed at a young age and a connection has been found between positive experiences gained through playful and creative science-based activities and the development of interest in science. This study explores the idea of nurturing interest in science through the creative integration of performance art and multimedia for Malaysian students at the primary school level. The objective of this paper is to examine how creating animations for a presentation could influence the science learning of primary students. Through a collaborative creative project, students are encouraged to create stories on their own based on their exploration and understanding of science concepts. These stories are created through an active learning process of script writing, storyboarding, creating clay models, and taking digital images to finally produce an animation, which was then used as part of a play performed in front of their peers and teachers. Findings in this study suggest that the ‘ArtsMedia’ science project has enabled students to explore science concepts creatively through play which actually drives and sustain their interest to understand the science concept being studied. Therefore, the integration of performing arts and multimedia as a creative way of learning science has the potential to empower students to develop their own understanding of science concepts.

Beginilah aliran pemikiran yang anda perlu ada:

  1. Tujuan kajian anda untuk meneroka idea bagaimana minat pelajar dalam sains dapat dipupuk menggunakan multimedia dalam persembahan kreatif
  2. Skop kajian meliputi hanya aspek pendidikan sains sekolah rendah yang melibatkan penggunaan persembahan multimedia secara kreatif
  3. Maka dengan itu, artikel ini melibatkan dua aspek iaitu ‘Science Education’ dan ‘Multimedia’.

Dengan idea di atas, anda boleh mulakan pencarian jurnal anda melalui SCImago berdasarkan kata kunci seperti ‘science education’ dan ‘multimedia’.

SUMBER: Dr. Othman Talib

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL