no comments

PENDEKATAN PENYELIDIKAN KUALITATIF

Penyelidikan Kualitatif

Definisi :

  • Kaedah penyelidikan kualitatif ini bertitik tolak daripada paradigma interpretivisme, iaitu mengenai sesuatu isu, kejadian adalah satu realiti yang sangat kompleks dan untuk memahaminya hanya boleh diperolehi daripada pandangan, suara atau luahan daripada responden kajian.
  • Inkuiri jenis ini menekan kepada “participant observation” (pemerhatian turut serta) dan temubual mendalam yang memberikan maklumat langsung kepada penyelidik.

 

Reka bentuk penyelidikan :

Reka bentuk bersifat mudah lentur / fleksibel, boleh diubahsuai mengikut keadaan dan keperluan situasi.

 

Peserta penyelidikan :

Penyelidik adalah sebahagian daripada responden penyelidikan. Maklumat yang diperolehi secara langsung daripada responden.

 

Metadologi penyelidikan :

Saiz sampel kecil dan dipilih secara bertujuan dan tidak berasaskan kebarangkalian.

 

Ciri-ciri kaedah penyelidikan kualitatif

  • Inkuiri holistik dalam keadaan setting semulajadi (natural settings)
  • Proses mengutip data secara terus menerus dari sumbernya iaitu melalu teknik pemerhatian, temubual, penulisan diari dan analisis dokumen
  • Penyelidikan ini menerangkan proses, langkah dan sebab sesuatu perkara berlaku
  • Penekanan kepada kualiti (subjektif)
  • Fokus untuk tahu bagaimana dan kenapa sesuatu fenomena itu berlaku atau dengan kata lain menjawab persoalan berkaitan “kenapa” dan “bagaimana”
  • Analisis data secara induktif
  • Dapat membina teori asas/dasar (grounded theory)
  • Perspektif daripada responden penyelidikan

 

Kriteria bagi penyelidikan kualitatif yang baik

  • Penyelidik mengambil kira keseluruhan perkara bagi membantu pemahaman.
  • Tidak membuat keputusan awal atau tanggapan mengenai kajian sehinggalah berada di dalam konteks penyelidikan sebenar.
  • Fokus kepada individu, interaksi seorang dengan seorang.
  • Memerlukan peruntukan masa yang panjang di set kajian dengan responden.
  • Memerlukan maklumat jelas dan mendalam mengenai kajian.
  • Memfokuskan pemahaman yang memerlukan fleksibiliti dalam rekabentuk penyelidikan.

 

SUMBER : www.slideshare.net

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL