no comments

Pembolehubah Selanjar dan Diskrit

Pembolehubah selanjar (continuous variable) adalah pembolehubah yang datanya berterusan dan boleh mempunyai sebarang nilai antara dua jarak. Berat, masa, pH, skor Sejarah adalah contoh pembolehubah selajar kerana anda boleh mendapatkan ukuran pada sebarang nilai

seperti  :

  • masa berlari 100 m = 12 minit 33 saat
  • berat badan = 75.44 kg
  • nilai pH = 6.01

 

Pembolehubah diskrit (descrete variable) pula adalah pembolehubah yang datanya mempunyai nilai tertentu berurutan tanpa boleh dibahagi lagi antara keduanya. Bilangan anak,agama, bangsa adalah contoh pembolehubah diskrit. Ini bermakna seseorang hanya mungkin memberikan bilangan anaknya secara diskrit seperti 1,2,3 atau 4 dan seterusnya bukan nilai antara angka tesebut seperti 1.5 anak atau 3.3 anak.

Diskrit menganggap nilai-nilai pemboleh ubah sebagai berlaku pada “titik-titik masa” berasingan, atau secara persamaan sebagai tidak berubah sepanjang setiap bidang masa bukan sifar (“kala” atau “tempoh”). Maka sesuatu pemboleh ubah melompat dari satu nilai ke satu nilai sedangkan masa beralih dari satu kala ke kala seterusnya. Pandangan masa ini bersamaan dengan jam digital yang memaparkan waktu 10:37 untuk seketika, kemudian beralih kepada waktu baru iaitu 10:38, dsb. Dalam kerangka ini, setiap pemboleh ubah yang berkenaan disukat sekali dalam setiap kala. Bilangan sukatan antara mana-mana dua kala itu adalah terbatas. Sukatan biasanya dilakukan pada nilai-nilai integerberjujukan bagi pemboleh ubah “masa”.

 

Berbeza dengan yang tadi, selanjar memandang pemboleh ubah sebagai memiliki satu nilai yang tertentu untuk mungkin sejumlah masa yang teramat singkat sekali sahaja. Antara mana-mana dua titik masa terdapat sebilangan titik masa lain yang tidak terhingga. Pemboleh ubah “masa” menjangkau seluruh garisan nombor nyata, ataupun sesebahagiannya mengikut konteks (cth. nombor nyata tak negatif).

Diskret ialah data yang terdiri daripada integer atau nombor bulat. Jenis data ini boleh diperoleh melalui proses pengiraan. Yang berikut ialah contoh data diskret:

(a)  Bilangan kereta yang dicuri setiap bulan pada tahun 2006

(b) Bilangan pelajar yang ponteng kelas setiap bulan pada tahun 2005

(c) Bilangan hari hujan dalam setahun

(d) Bilangan anak dalam keluarga bagi 50 keluarga

(e) Bilangan pelajar yang mendapat gred A dalam peperiksaan akhir.

Penyelidik boleh mendapatkan min, mod, median dan varians bagi data diskret. Walau bagaimanapun, nilai statistik ini mungkin tidak lagi integer.

Selanjar ialah nilai pemboleh ubah selanjar yang terdiri daripada nombor dengan perpuluhan. Data ini biasanya boleh diperoleh melalui proses pengukuran. Yang berikut ialah contoh pemboleh ubah selanjar:

(a) Tinggi, berat, umur

(b) Suhu, tekanan

(c) Isi padu, jisim, ketumpatan

(d) Masa, panjang, lebar.

Data selanjar boleh diukur min, mod, median, variansnya dan statistik deskriptif yang lain.

 

Sumber : Dr. Othman Talib & Oumedu.

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL