no comments

PEMBOLEHUBAH BERSANDAR DAN TIDAK BERSANDAR

Pembolehubah bersandar (independent variable) adalah pembolehubah yang memberi kesan kepada  perubahan pembolehubah bersandar (dependent variable). Dalam penanaman pokok, baja dianggap sebagai pembolehubah tidak bersandar (bebas dari perubahan) manakala ketinggian pokok sebagai pembolehubah bersandar jika ketinggian pokok didapati dipengaruhi oleh baja. Dalam erti kata lain, baja adalah pembolehubah tidak bersandar kerana baja bebas dari perubahan tetapi mempengaruhi ketinggian pokok sebagai pembolehubah bersandar.

Jika ingin membuat kajian bagi mengetahui kesan beberapa jenis medium pengajaran seperti video dan animasi terhadap pencapaian pelajar, anda sebenarnya membuat satu kajian eksperimen. Katakan anda menggunakan video dan animasi bagi mengetahui kesannya terhadap skor mata pelajaran Sains, maka teknik pengajaran dalam kajian ini adalah pembolehubah tidak bersandar yang akan memberi kesan kepada pembolehubah bersandar iaitu skor mata pelajaran Sains.

Pembolehubah tidak bersandar sering diringkaskan sebagai IV manakala pembolehubah bersandar sebagai DV.

Contoh

IV : Teknik pengajaran (video dan animasi)

DV : Skor Sains

Dalam contoh di atas, hanya wujud satu IV dan satu DV yang terlibat. Walaubagaimanapun, IV mempunyai dua kategori atau tahap iaitu video dan animasi. Jangan keliru antara pemboleh ubah dengan tahap dalam pembolehubah tersebut.

Teknik pengajaran adalah pembolehubah tidak bersandar kerana memberi kesan langsung kepada skor Sains sebagai pembolehubah bersandar. Ini kerana, penyelidik memanipulasi teknik pengajaran dengan mengadakan dua kategori bagi melihat kesan setiap satunya pada pembolehubah bersandar iaitu skor Sains.

Dalam kes lain, jika anda mengukur berat badan dan ketinggian sekumpulan pelajar sekolah rendah berumur dari 7-12 tahun,anda akan dapati berat badab dan ketinggian meningkat dengan umur. Maka berat badan dan ketinggian ada hubungan dengan peningkatan umur. Ketinggian berat badan adalah pembolehubah yang boleh meramalkan umur pelajar. Maka, berat badan dan ketinggian adalah pembolehubah peramal (predictor) kerana kedua-dua pembolehubah ini boleh digunakan bagi meramal umur pelajar antara 7-12 tahun.

Bagi kajian korelasi yang mengkaji hubungan antara pembolehubah seperti jantina dan EQ (emotional quotion) atau antara skor IQ dengan skor EQ, maka kedua-duanya tidak mempengaruhi antara satu sama lain secara langsung. Jantina dalam kes ini tidak mempengaruhi skor IQ secara langsung. Ini kerana penyelidik tidak boleh memanipulasi jantina bagi melihat kesannya pada skor EQ. Jadi dalam kes ini, kita tidak boleh pastikan mana satu pemboleh ubah bersandar dan pembolehubah tidak bersandar. Apa yang dianalisis adalah hubungan antara dua pembolehubah kajian sahaja. Jadi berhati-hati menggunakan perkataan pembolehubah bersandar dan pembolehubah tidak bersandar dalam kajian korelasi.

 

sumber : Othman Talib

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL