no comments

Pembinaan Instrumen Kajian

Sebelum sesuatu instrumen ditadbir dalam kajian sebenar, ia perlu melalui proses mengukur kesahan dan kebolehpercayaan item bagi menjamin kualiti instrumen dan data yang diperoleh. Tahap ini penting bagi memastikan ketepatan data dalam penyelidikan data yang sebenar dapat menjawab kesemua persoalan kajian yang telah digariskan oleh pengkaji. Kebolehpercayaan merujuk kepada ketekalan dan kestabilan ujian dalam mengukur apa yang hendak diukur. Ujian yang mengukur sesuatu konstruk dengan keputusan yang konsisten dikatakan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi. Ini bermaksud, instrumen yang sama akan menghasilkan keputusan yang sama atau hampir sama jika ditadbirkan pada salah satu daripada situasi berikut;

  • ditadbirkan kepada kumpulan yang sama pada waktu yang berbeza, atau
  • ditadbirkan kepada kumpulan yang berlainan, atau
  • jawapan calon yang sama diperiksa oleh guru yang berlainan.

Sebaliknya, ujian yang menghasilkan keputusan yang berubah-ubah dikatakan mempunyai kebolehpercayaan yang rendah.

 

Cara menentukan kebolehpercayaan

Kestabilan / stability

  1. test-retest method
  • Kaedah uji-uji semula
  • Beri ujian yang sama 2 kali pada masa berlainan.
  • Kemudian tentukan korelasi Pearson antarapasangan skor yang diperoleh setiap pelajar

 

  1. Equivalent/ parallel form
  • Ukuran Kesetaraan / Selari
  • Menggunakan 2 ujian berlainan tetapisetara, yang ditadbir pada hari yang sama.
  • Kemudian tentukan korelasi Pearson antarapasangan skor yang diperoleh setiap pelajar

 

  1. Inter-rater reliability
  • Ketekalan antara Pemeriksa
  • Ujian yang sama diperiksa oleh 2 atau lebih pemeriksa dan skor yang diberi setiap pemeriksa dibandingkan dengan pemeriksa lain.
  • Tidak perlu bagi soalan objektif yangmempunyai satu jawapan tepat sahaja

 

Konsistensi / consistency

  1. Inter-item reliability
  • Ketekalan antara Item

 

  1. Split-half method
  • Kaedah Belah Dua
  • Ujian yang sama dibahagi dua
  • Selalunya, satu kumpulan mengandungi soalan ganjil dan satu lagi soalan genap
  • skor bagi setiap bahagian ditentukan korelasinya

 

  1. Internal consistency
  • Ketekalan Dalaman
  • Menggunakan formula Kuder-Richardson atau pekali alpha (Cronbach alpha)

 

Faktor Mempengaruhi Kebolehpercayaan

  1. Panjang ujian

– lebih panjang ujian, lebih tinggi kebolehpercayaannya

– mengurangkan pengaruh tekaan

  1. Item dipanjangkan dengan menambah item-item yang mempunyai kualiti yang sama dengan item sedia ada.
  2. Waktu mengadakan ujian
  3. Jenis ujian

– esei atau objektif

  1. Skema pemarkahan dan pemeriksa

 

Perkaitan Kesahan dan Kebolehpercayaan

  1. Ujian perlu sah dan mempunyai kebolehpercayaan untuk membolehkan kesimpulan atau inferens yang dibuat daripada skor yang diperoleh itu sah.
  2. Kesahan akan memastikan ujian yang dibina itu menepati matlamat atau objektif ujian itu dibina, dan kebolehpercayaan pula memastikan ketekalan dalam pengukuran pencapaian murid dalam sesuatu ujian.
  3. Ujian yang sah semestinya ada kebolehpercayaan kerana ia perlu ada kebolehpercayaan dahulu, barulah dikira sah.
  4. Namun, ujian yang ada kebolehpercayaan tidak semestinya sah.

Oleh itu, penyelidik harus mengambil pendekatan terbaik dalam memilih atau menggunakan sesuatu ujian dalam mendapatkan data. Ini kerana, sesuatu ujian yang mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi tidak semestinya sah. Walau bagaimanapun, sesuatu ujian yang sah biasanya boleh dipercayai.

 

Sumber: scribd.com

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL