no comments

Pemalsuan Data

Terdapat keadaan penyelidik yang juga pengarang artikel dengan sengaja memalsukan data dengan pelbagai tujuan menambah data tanpa menyudahkan penyelidikan atau mengubahsuai data untuk menyebelahi expectation penyelidik. Perkataan yang selalu digunakan untuk merujuk kepada fenomena ini adalah fabrication dan falsification (Dhingrai & Mishra, 2012). Berikut adalah maksud ringkas dua perkatan tersebut.

  1. Fabrication – data yang telah ditambah dan diubahsuai
  • menambah data bagi memenuhi keperluan statistik dan persampelan
  • menambah data yang tiada seperti menulis transkrip jawapan partisipan yang tidakpun ditanya semasa temuduga.
  • menambah data bagi kajian yang tidak dijalankan samada di makmal mahupun lapangan.
  1. Falsification – memanipulasi sampel, alatan atau data
  • mengubah jangkamasa kajian supaya menepati reka bentuk kajian
  • melanggar assumption sesuatu analisis statistik seperti kenormalan taburan data

Pemalsuan data adalah satu kesalahan dalam etika penulisan dan editor penerbit sesuatu jurnal berhak untuk tidak mempertimbangkan lansung sebarang artikel yang mempunyai data yang meragukan.

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL