no comments

Peluang Untuk Yang Baru Menapak Dalam Dunia PG Atau Yang Lama Tapi Baru Nak Menapak

Lebih kurang 4 hari lagi program Postgraduate Camp siri ke 4.0 bersama-sama 8 orang penceramah jemputan akan berlangsung.

Ada satu slot di mana Dr. Azwadi (salah seorang penceramah) akan menceritakan mengenai Penulisan Jurnal Berkesan dan Penerbitan. Tahukah anda, bila memasuki alam pascasiswazah, anda perlulah menghantar jurnal artikel sebagai syarat mendapatkan topi bulat / bergraduasi?
.
Ok, kat mana nak hantar, bagaimana nak hantar? Mengapa jurnal boleh di reject? Bagaimana nak pastikan jurnal artikel tuan/cikpuan tidak di ‘reject’.
.
Aha! semua ini akan dikupas lebih lanjut oleh Dr. Azwadi nanti, ini akan mengurangkan ‘risiko kekecewaan’ tuan/cikpuan kelak jikalau jurnal artikel tuan/cikpuan di reject.

————————————–
Ada satu slot lagi oleh Dr. Othman Talib, beliau dikenali sebagai sifu penulisan tesis secara efisyen.. Beliau akan kongsikan mengenai penulisan tesis dan perisian Mendeley.
.
Mendeley ni, memang akan memudahkan kita menguruskan artikel dengan efisyen sekali! Mana tak nya, klik sana, klik sini dapat kita list artikel yang khusus untuk bidang kita. Tak lah kita meraban mencari sana sini artikel yang sesuai.
.
Lagi satu, Mendeley menguruskan tesis kita supaya reference yang kita dah cari tu dapat dimasukkan sekaligus ke dalam tesis kita, tak perlu lagi menaip macam makcik-makcik (bawang).

==============================================================

MPWS Postgraduate Training akan menganjurkan Seminar Postgraduate Camp 4.0  dan amat mengalu-alukan kehadiran dan penyertaan semua pelajar pascasiswazah yang mengikuti pengajian di Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta sekitar Lembah Klang dan kawasan berhampiran.

 

  1. Apakah Postgraduate Camp?
  • Pendedahan awal intensif dunia pascasiswazah
  • Gabungan 8 pakar berkaliber
  • Merangkumi kepelbagaian topik
  • Membentuk halatuju penyelidikan
  • Pengenalan software terkini untuk penyelidikan
  • Memantapkan penyelidikan
  • Peluang untuk GOT (Graduate on Time)

 

  1. Butiran adalah seperti berikut:

 

TARIKH:         3 & 4 March 2018

MASA:           8.30 pagi – 5.30 petang

TEMPAT:        MPWS Training Centre, Seksyen 7, Bandar Baru Bangi, Selangor

YURAN:          1 PAX – RM160
                         3 PAX – RM360
5 PAX – RM550

MEDIUM:        Bahasa Melayu

**Makan tengah hari dan sijil penyertaan disediakan

 

  1. PENCERAMAH

 

Dr. Othman Talib

Tajuk: Penulisan Tesis Pantas dan Pengurusan Artikel Mendeley

Dr. Zool Hilmi Ashari

Tajuk: Basic PLS-SEM Using SmartPLS3.0

Mejar (B) Tuan Mohd Zin Mokhtar

Tajuk:Basic SPSS For Postgraduate

 –

Dr. Nor Aida Abd Rahman

Tajuk: PhD Mosaic

 –

Prof. Madya Dr. Nor Azwadi Che Sidik

Tajuk: Penulisan Jurnal Berkesan dan Penerbitan

 –

Dr. Jalina Karim

Tajuk: ‘Bersedia untuk Viva?’

 

En. Ady Hameme (Certified ATLAS.ti Trainer)

Tajuk: Kajian Kualitatif & Analisa Data Dengan ATLAS.ti

Penceramah Jemputan

Tajuk: Komunikasi Mesra Supervisor

 

PENDAFTARAN & INFO: www.postgraduateworkshop.com/pgcamp

 

 

  1. KAEDAH PEMBAYARAN:

Nama Akaun:              MPWS Rich Resources Sdn. Bhd (CIMB)

Nombor Akaun:           8601959483

En/Pn juga boleh terus menghubungi MPWS melalui emel mpws.training@gmail.com atau di telefon di talian (03-89127212) / Whatsapp kami di 014-7359737 (Adilla) untuk pertanyaan.

Semoga tuan/cikpuan dapat membantu untuk menyebarkan maklumat mengenai seminar ini kepada pelajar-pelajar, rakan-rakan dan melalui mana-mana rangkaian / kumpulan Tuan dalam Facebook, LinkedIn, Twitter, WhatApp dan lain-lain.

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL