Peluang Kerjaya Di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Projek The Malaysian Cohort yang berurusetia di Institut Perubatan Molekul UKM (UMBI) merupakan satu projek penyelidikan kebangsaan tajaan sepenuhnya oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Kami menjemput anda warganegara Malaysia, berumur 18 tahun dan ke atas yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut :
JAWATAN:
PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F41 (1 KEKOSONGAN)
TARAF JAWATAN:
KONTRAK
TARIKH TUTUP:
26 NOVEMBER 2015
SYARAT LANTIKAN:
- Ijazah Sarjana Muda kepujian dalam bidang Sains Komputer atau Teknologi Maklumat yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan RM2,145.88); ATAU
- Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Komputer yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan RM2,353.44); DAN
- Lulus B.M (termasuk ujian lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
KEUTAMAAN DIBERIKAN KEPADA CALON BERIKUT :
- Berpengalaman dalam bidang ICT (hardware/software, sistem aplikasi, pangkalan data dan rangkaian).
- Boleh bekerja secara individu dan berkumpulan serta menjalankan lain-lain tugasan seperti yang diarahkan oleh ketua dari semasa ke semasa
- Bersedia menerima arahan kerja lebih masa sekiranya diperlukan
- Fasih bertutur dan menulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris
- Bersedia untuk bekerja di lapangan atau luar bandar sekiranya diperlukan
CARA MEMOHON
- Sila emel resume yang lengkap kepada the_malaysian_cohort@yahoo.com.my
- Calon yang layak selepas tapisan sahaja yang akan dipanggil menghadiri temuduga
PERTANYAAN LANJUT
Sebarang pertanyaan lanjut boleh dimajukan kepada Pn.Farliza Zakaria/ En.Mohd Arman di talian 03-9145 9040/03-9145 9124 yang beralamat di Institut Perubatan Molekul UKM (UMBI), Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Jalan Yaacob Latif, Bandar Tun Razak 56000 Cheras, Kuala Lumpur.