no comments

Pastikan Research Anda “ Researchable”

Pastikan Research Anda “ Researchable”

Saya termenung dah 3 hari. Pening pening, sampai tak lalu makan. Mana taknyer, theory untuk kajian saya ni ok, tapi susahlah pulak saya nak jadikan procedure untuk dapatkan data saya. Buat apa pun cam tak kena jer. Saya pening, tolong saya. Saya nak buat kajian strategi goal-setting motivation dan kesannya pada pencapaian pelajar dalam peperikaaan SPM.

Teori OK, tapi bila saya nak jadikan strategi yang boleh saya laksanakan untuk dapat data, tak ada satu procedure yang concrete untuk saya ikut. Pening saya! Cam nilah. Ramai pelajar yang berminat untuk membuat kajian keberkesanan sesuatu theory terutamanya dalam pengajaran seperti problem based learning (PBL), problem-solving, project-based, multiple intelligent, conceptual change, pedagogical content knowledge (PCK), mind-mapping, concept map, mnemonic, guided-inquiry, team-based, active learning, constructivist, experiential, coorperative dan lain-lain strategi. Banyak ooo. Dan setiap strategi mempunyai pro-cons serta teori yang menyokong. Kalau tidak, alamat peningler.

Saya sarankan sebagai novice researcher aka student researcher, TAK CUKUP hanya ada teori sahaja tetapi anda juga perlu meneliti theory manakah yang juga mempunyai MODEL ATAU PROCEDURE yang concrete untuk dilaksanakan Maksud saya , strategi yang dah “structured” perlaksanannya di SOKONG oleh kajian terdahulu dari segi perlaksanaannya bagi memudahkan kajian anda dijalankan, supaya kajian anda tu lebih RESEARCHABLE.

Contohnya strategi pengajaran multiple intelligent (MI) dengan problem-based learning (PBL). Anda boleh gunakan kedua-duanya dalam kajian anda. Strategi multiple intelligent (oleh Gadner) adalah strategi yang abstrak, dengan 9 unsur intelligence yang perlu diambil kira, tapi sukar nak dapatkan strategi perlaksanaarn yang konkrit dalam pengajaran, sedang strategi PBL (oleh Howard) selain theory juga mempunyai strategi yang konkrit dengan langkah-langkah yang structured dan tersusun serta disokong oleh banyak kajian berbanding perlaksanaan multiple intelligent yang samar-samar tanpa banyak sokongan kajian lepas. Mana satukah strategi yang lebih researchable untuk anda gunakan dalam kajian anda terhadap pengajaran sains atau matematik misalnya?

Begitu juga strategi menggunakan problem solving strategy (oleh Polya) dah siap dengan step satu persatu, tinggal anda adjust skit jer sesuaikan dengan kajian anda. Atau perlaksanaan strategi alat pengajaran peta konsep (oleh Novak) yang concrete berbanding strategi pedagogical content knowledge, PCK (oleh Shulman) gue, broad dan mempunyai pelbagai element lain yang perlu diambil kira. Tak ada satu pun langkah atau procedure yang concrete camner nak laksanakan PCK ni sebab itulah kajian strategi pengajaran PCK ni “kurang”.

Researchable berbanding problem-solving strategy, ada faham ker?

Jika data yang diperolehi dari satu strategi yang structured dan konkrit, disokong oleh kajian terdahulu yang mantap, maka data yang anda dapat dari kajian sedemikian akan lebih bersifat OBJECTIVE dan boleh dipertahankan VERIFIABILITY, dan ini akan membawa kepada dapatan yang valid dan reliable, dan mudah anda pertahankan semasa VIVA.

Alamak, canggih tul bahasa anda. Tak fahamlah, tergeliat lidah saya nak membacanyer.

Apsal slow sangat awak ni. Emmm, katakan anda mengajar strategi PCK dalam subjek sains, terdapat element yang termasuk dalam strategi ini seperti content knowledge, pedagogical knowledge serta pedagogical content knowledge yang perlu anda laksanakan juga, jika tidak dapatan anda akan dipersoalkan kesahihannya. Begitu juga jika multiple intelligent, bagaimana anda nak menggabungkan kesemua 9 elements dalam strategi pengajaran anda, termasuk Logical-mathematical, Spatial, Linguistic, Bodily-kinesthetic, Musical, Interpersonal, Intrapersonal, Naturalistic dan Existential. Phew. Saya menulisnya pun dah mengah, belum lagi nak buat kajian! Ini tak, asal baca sikit, terjumpa teori multiple intelligent, dan baca buku sikit-sikit, pastu SV kata “No Problem”, terus anda terlompat nak buat kajian.

Emmm. Abis ada jer kajian lepas tentang multiple intelligent tu saya baca?

Memang ler ada, tetapi tidak banyak dan tak meluas, kerana hal-hal yang sava sebutkan di atas. Bila anda nak mulakan pencarian gap, pastikan anda ah apatkan beberapa gap dan buat penelitian seterusnya. Gap mana satukah yan boleh diisi dengan satu procedure, model atau perlaksanaan yang lebih structured atau concrete, selain theory yang mantap. Kenapa nak pilih sesuatu yang vague dan broad. Akhirnya anda yang pening dan mual.

Jangan salah faham, bukan anda tak boleh buat multiple intelligent, PCK atau mana-mana strategy. Tapi jika ada pilihan, buatlah strategi yang dah structured, ada model yang jelas, step-by-step lagi, sebab yang penting adalah analisis data anda yang mendalam. Dan bila dah dapat Master / PhD, buatlah intelligent apa pun, tak der hal punya, sebab anda sekarang hanyalah student researcher, student yang baru belajar nak buat research, buah cempedak. So belajarlah dari sesuatu yang dah structured, supaya kajian anda RESEARCHABLE dan memberikan ruang yang lebih selesa dan yakin untuk mengumpul dan menganalis data anda. Sebab matlamat anda untuk lengkapkan pra-syarat untuk dapat Master atau PhD then bila dah ada experience, anda buatlah apa pun kajian.

Alamak, apasal awak tak bagi nasihat ni awal-awal. Sebab bila saya tanya SV saya, dia kata OK jer. Memanglah dia kata OK, abis dia nak kata apa lagi. Tapi anda kena tahulah, sejauh mana kajian anda boleh dikaji, sebab anda yang membuatnyer, menanggungnyer dan kalau pening, anda feninglah sorang-sorang.

Sumber : Dr Othman Talib

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL