no comments

Paperless – dunia makin pantas, ko jgn terlepas !!

Budaya ini tak patut jadi budaya pelajar spt ko dan perlu ko dimanfaatkan kecanggihan teknologi utk menulis tesis. Ko dah ada reference manager macam Mendeley…. yang boleh organize softcopy artikel dan ebook…. so ko dah tak perlu hardcopy. Ini bermakna budaya menulis tesis dgn meja berselerak dan berakhir….

Ko perlu manfaatkan dropbox juga supaya penulisan thesis menjadi mobile….. ko boleh tulis di mana sahaja bila2 masa sahaja. Dgn Mendeley dan dropbox….. serta teknik 1file1thesis document map…. penulisan tesis secara intensif boleh dilakukan dengan mudah tanpa sehelaipun hardcopy atas meja ko….

Inilah work station rumah aku bro…..mouse, keyboard semua wireless….. aku guna computer all-in-one tak payah ada CPU…. tak derlah wire berselirat…..monitor besar senang nak split menulis sambil buat reference….. bila menulis berdesup !!

Wo…wo…. kalau tak ada artikel atas meja…. macam tak bestlah bro… kalau lagi banyak…lagi bersepah… lagi bertimbun    barulah macam tulis thesis bro….barulah ada ummppp….. aku tengok meja SV aku fuhhh…. sama gak bro…..ngalahkan meja student buat PhD…. sampai boleh main nyorok2 belakang artikel tu bro….. tu belum yang atas bertimbun atas lantai… kalau bawa anak kecik…. boleh hilang bro…

Terok la ko ni !! Itu paradigma (dgn izin guna bahasa canggih skit) lama bro…. paradigma old school….. now semua paperless…. semua softcopy….. semua mesti cepat….pantas….tuntas

Elakkan budaya buat kerja banyak kali….. download….. print… then susun….then semak…. then baca….then highlighted….then tulis atas kertas…then pening kepala…..then baru nak tulis dalam komputer….

Kenapa tak terus baca dan ambil idea then masukkan dalam 1File1Thesis ko….

Susahlah bro…. tak biasalah macam tu…..

Kalau ko tak mula… camner ko nak biasa….sebab itu ko kena organize dalam Mendeley….. bagi mudahkan ko cari keywords… authors dll… sekelip mata jer bro…then apply idea zero draft yang ko belajar dari bengkel document map tu ….

Jadi….aku sebagai orang tua…..yang dulu makan garam…..nak nasihat kat ko…. dan adik2.. kakak2…abang2…. mulakanlah budaya paperless dan menulis terus dalam komputer. Ko takkan pening membaca softcopy pdf ko terus dari screen…. kalau ko dah biasa. Sama macam ko ngadap hari2 facebook ko tu… atau membaca gossip2 dalam beautiful nara…. tak der lak ko pening…. atau tengok movie 2, 3 jam kat screen komputer ko….alah bisa tegal biasa bro…. cayalah cakap wa….

Satu lagi bro…aku cadangkan elok beli laptop atau notebook dgn screen yang agak besar dan selesa utk menaip…. bukannya netbook yang agak kecil dan sakit bijik mata ko….Netbook dgn processor atom tu hanya utk traveller yang pergi sana sini dan sentiasa on the move utk mendapatkan nerworking dan meneliti internet. Kalau ko student, setakat pergi kerja dan universiti ko….. better beli notebook…bukan netbook yang kecik tu….. bukan sahajanotebook lebih power…. malah mudah menyusun softcopy dan menghasilkan penulisan. Kat rumah pulak… ko belilah screen yang besar sikit…. sebab dah murah…. supaya kerja2 penulisan paperless ko semakin berdesup2….

Betul gak tu bro…. invest skit pun tak per….asal cepat ko menulis…. paperless…. timeless…dan jangan males-males….!! Cayalah….

Emmmm……

Sumber: Dr Othman Talib

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL